Jumaat, 29 Julai 2011

Kalah walaupun seri.

Smalam 28.07.2011, aku beli tiket utk tgk perlawanan kedua pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku gerak ngan memember dan adik aku dlm 4 orang (planning 7 org tp 2 da gerak awal dan sorang kena amik kat Shah Alam) dlm kul 1600 dari Port Dickson. Pastu sampai Shah Alam dlm kul 1700 dan terus ke stadium ikut Highway Kesas. Game start kul 2045 dan kami sampai dlm kul 1900 coz jalan jammed gle. Pastu nak mencari parking punya la susah. Alih-alih kami park kat dalam shopping complex kat seberang jalan ke stadium. Bayangkan punya jauh nak berjalan masuk stadium. Menapak wei. :)

Dari kanan : Adyleen, Amir Khairi, Amir Ahmadiah, Wani
Adik aku ngan wani pegi redeem tiket coz kami beli online, jadi aku, Amir Khairi ngan Amir Ahmadiah cari parking. Orang mmg ramai sangat kot. Bayangkan tiket 85,000 keping da sold out dan boleh nampak betapa ramai rakyat Malaysia pakai jersi Biru dan Kuning kat perkarangan stadium. Agak sesat gak la nak cari adik aku ngan wani kat Gate Merah. Berpusing-pusing kami bertiga. :)


Da jumpa dorang, kami siap-siap cari tempat duduk dlm stadium. Dapat la duduk bahagian bawah mengadap tiang gol kat padang. Cuma yang spoil adalah tiang penghadang antara tempat duduk. Jadi x nampak bahagian kanan padang. Tapi dalam stadium xpayah citer la. Penuh ngan umat manusia. Haha.

Position tempat duduk aku dan yang lain

Sebahagian dari 90,000 penyokong Malaysia
 
Kawan Baik
 Perlawanan pada awalnya mmg cambest tp ble da 2nd half, pemain Malaysia da hilang arah. Banyak bola lepas mudah dan Midfield mmg xde hasil langsung. Defense lak ble kena counter attack je ngan Singapura mmg kelam kabut. Nasib GK, Apek mmg tahap terbaik dan bukan GK perlawanan pertama. Kalau x, mau nye jadi cam perlawanan pertama sampai 5 gol bolos. 

Rakan & Adik
Keputusan nya seri 1-1 namun disebabkan kekalahan 3-5 di perlawanan pertama, agregat hanya la 4-6. So, masih tidak kesampaian hasrat penyokong nak tgk Malaysia di perlawanan seterusnya. :'(

Habis game dalam kul 2300 jadi kami blah awal skit coz xnak sangkut kat jammed. Masa balik tue adik aku nak cari jersi Malaysia yang warna biru. Cari punya cari (harga bleh tahan mahal dalam RM40), x jadi lak beli. Pastu pergi la ke kereta dan on da way kena lalu satu jambatan. Memang sesak gle. Jalan pun berhimpit dan setapak demi setapak. Haha.

Masa nak keluar dari shopping complex pun bleh sangkut dlm jammed. Dalam sejam jgk la stuck. Huhuhu. Pastu hantar Amir Khairi balik Shah Alam coz dia nak kena amik bos dia kat LCCT. Sampai dlm kul 0100 tapi sempat jgk la kami lepak dinner (supper sebenarnye) kat Seksyen 7. :)

Supper @ Seksyen 7

Da kenyang, kami berempat bertolak kembali ke Port Dickson. Gerak kul 0200 dan sampai dalam kul 0315 dan terus berdengkur coz aku kena keje kul 0800 pagi nanti. Punya la mengantok. Apepun mmg enjoy dpt lepak tgk bola ngan dorang. Cuma sian tunang aku x dpt join skali. :)

Regards.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan