Sabtu, Ogos 06, 2011

1st Ramadhan yang cubaan.

Masuk hari nie da 6 hari umat Islam berpuasa dan alhamdulillah, aku masih bertahan. Hahaha. Tapi bulan nie betul-betul banyak dugaan coz keje da makin berlambak. Dalam minggu nie je da 2x aku kena keje 16 jam. satu kena buat straight dan satu lagi ada gap 8 jam. Punya la letih dan 1 ramadhan aritue mmg dugaan perabes.

Mau x dugaan coz hari Isnin, 01.08.2011 hari pertama puasa dan aku keje malam means sahur kat opis. Pastu balik kul 0800. Sebab member aku cuti jadi aku kena la cover tempat dia dan shift dia adalah petang. Aku masuk balik kul 1600 dan berbuka kat opis. Dan menu berbuka aku hanya la Megi coz x sempat nak tapau dan sibuk ngan keje dimana Biodiesel (B5) baru implement. Agak kelam kabut jgk la. Nasib mak aku kirim makan kul 2000. Kalau x, mau kelaparan sampai balik kul 0000. Huhu.

Megi peneman setia


Regards.

Jumaat, Julai 29, 2011

Kalah walaupun seri.

Smalam 28.07.2011, aku beli tiket utk tgk perlawanan kedua pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku gerak ngan memember dan adik aku dlm 4 orang (planning 7 org tp 2 da gerak awal dan sorang kena amik kat Shah Alam) dlm kul 1600 dari Port Dickson. Pastu sampai Shah Alam dlm kul 1700 dan terus ke stadium ikut Highway Kesas. Game start kul 2045 dan kami sampai dlm kul 1900 coz jalan jammed gle. Pastu nak mencari parking punya la susah. Alih-alih kami park kat dalam shopping complex kat seberang jalan ke stadium. Bayangkan punya jauh nak berjalan masuk stadium. Menapak wei. :)

Dari kanan : Adyleen, Amir Khairi, Amir Ahmadiah, Wani
Adik aku ngan wani pegi redeem tiket coz kami beli online, jadi aku, Amir Khairi ngan Amir Ahmadiah cari parking. Orang mmg ramai sangat kot. Bayangkan tiket 85,000 keping da sold out dan boleh nampak betapa ramai rakyat Malaysia pakai jersi Biru dan Kuning kat perkarangan stadium. Agak sesat gak la nak cari adik aku ngan wani kat Gate Merah. Berpusing-pusing kami bertiga. :)


Da jumpa dorang, kami siap-siap cari tempat duduk dlm stadium. Dapat la duduk bahagian bawah mengadap tiang gol kat padang. Cuma yang spoil adalah tiang penghadang antara tempat duduk. Jadi x nampak bahagian kanan padang. Tapi dalam stadium xpayah citer la. Penuh ngan umat manusia. Haha.

Position tempat duduk aku dan yang lain

Sebahagian dari 90,000 penyokong Malaysia
 
Kawan Baik
 Perlawanan pada awalnya mmg cambest tp ble da 2nd half, pemain Malaysia da hilang arah. Banyak bola lepas mudah dan Midfield mmg xde hasil langsung. Defense lak ble kena counter attack je ngan Singapura mmg kelam kabut. Nasib GK, Apek mmg tahap terbaik dan bukan GK perlawanan pertama. Kalau x, mau nye jadi cam perlawanan pertama sampai 5 gol bolos. 

Rakan & Adik
Keputusan nya seri 1-1 namun disebabkan kekalahan 3-5 di perlawanan pertama, agregat hanya la 4-6. So, masih tidak kesampaian hasrat penyokong nak tgk Malaysia di perlawanan seterusnya. :'(

Habis game dalam kul 2300 jadi kami blah awal skit coz xnak sangkut kat jammed. Masa balik tue adik aku nak cari jersi Malaysia yang warna biru. Cari punya cari (harga bleh tahan mahal dalam RM40), x jadi lak beli. Pastu pergi la ke kereta dan on da way kena lalu satu jambatan. Memang sesak gle. Jalan pun berhimpit dan setapak demi setapak. Haha.

Masa nak keluar dari shopping complex pun bleh sangkut dlm jammed. Dalam sejam jgk la stuck. Huhuhu. Pastu hantar Amir Khairi balik Shah Alam coz dia nak kena amik bos dia kat LCCT. Sampai dlm kul 0100 tapi sempat jgk la kami lepak dinner (supper sebenarnye) kat Seksyen 7. :)

Supper @ Seksyen 7

Da kenyang, kami berempat bertolak kembali ke Port Dickson. Gerak kul 0200 dan sampai dalam kul 0315 dan terus berdengkur coz aku kena keje kul 0800 pagi nanti. Punya la mengantok. Apepun mmg enjoy dpt lepak tgk bola ngan dorang. Cuma sian tunang aku x dpt join skali. :)

Regards.

Ahad, Julai 24, 2011

Harimau Muda kena baham ngan Singa.

Malaysia (3) - Singapura (5)
 Smalam (23.07.2011) perlawanan pertama pusingan kedua untuk kelayakan Piala Dunia 2014 antara Singapura & Malaysia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Resultnya agak m'dukacitakan peminat di tanah air dengan kekalahan 3-5. Walaupun x tgk secara live, dari report di Berita Harian, Kosmo, dpt disimpulkan banyak kesilapan yang di lakukan oleh pertahanan  Malaysia sehingga di bolosi 4 gol pada separuh masa pertama. Dan 1 gol di separuh masa kedua. Gol-gol  Malaysia di jaringkan oleh Safee Sali minit (1, 69) dan Abdul Hadi Yahaya (68) manakala gol Singapura pula oleh Aleksandar Duric (7, 80), Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi (45). Safiq Rahim dari Malaysia dan Ismail Yunos pula di layangkan kad merah pada minit ke-49 dan minit ke-53.

SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi. (Sumber dari Berita Harian)
 Dan jika  Malaysia nak layak ke pusingan seterusnya, kena la menang pada perlawanan timbal balas di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28.07.2011, Khamis pada pukul 2045. Aku MUNGKIN pergi dan MUNGKIN TIDAK coz aku keje shift malam. Da la Chelsea game aritue x pergi. Haha. :)

Kg Arab VS Kg Baru SiRusa
Petang tadi pulak kena paksa ngan Ibu aku pergi ke Padang Kilat utk support game bola untuk piala apa ntah antara Kg Arab VS Kg  Baru SiRusa. Semi-Final nye game. Jadi, pas keje td terus la pergi layan dan keputusan adalah Kg Arab layak ke Final jumaat next week dengan kemenangan penalti 5-4 setelah perlawanan seri 1-1 tamat masa 90 minit.

Anak sape ntah. Haha.
Ramai gak memember yg main cam Zamer, Tebu ngan Yazid dan tetiba je cam jeles coz tgk dorang still bersukan walaupun da lama abes skolah. Aku lak da macam laki orang ngan perut ke depan da. Hehe.

Orait, siap-siap nak mandi. Jap lagi kena temankan ibu pegi office. ;|

Regards.

.Adik Adyleen, Happy Born Day.

Dear my only sis,

Happy Born Day!

AD Part 1
AD Part 2
AD Part 3
 Sorry la coz xdpt lepak lama ngan kau malam tadi. Tapi oke la kan aku blanje UNIQLO ngan PIZZA HUT kat KLCC smalam kan? Haha. Btw, PIZZA HUT ada buat promotion sempena Ramadhan (August Promo) dengan pizza baru yang di beri nama Piza Seri Kasturi. Ada Massala Chicken, Sweet & Sour Sauce, Lamb Kebab dan Juicy Pineapple. Dan aku order untuk malam tadi ialah A'la Carte Cheesy Lava Crust Regular. Harga mmg bleh tahan la coz benda baru kan dan harga untuk regular RM29.00. Kat bawah adalah flyers untuk promotion tersebut dan gambar lain adalah menu sampingan utk aku sahaja. Di ulang, untuk AKU sahaja. Haha.

Piza Seri Kasturi Promo August

Actual Piza Seri Kasturi
Ice Lemon-T
Lasagna Part 1

Lasagna Part 2

Kenyang!

Regards.

Jumaat, Julai 22, 2011

Padan muka kau MAYBANK!

Haha.

Hari nie den da gaji pastu pegi la settlekan apa yang patut seperti bil-bil, nafkah kepada tunang dan pegi la potong rambut. Sampai je kat Maybank, aku nampak ramai manusia di depan pintu masuk Maybank. Jadi aku dengan rasa ingin tahu pegi la menonton apa yg berlaku. Tengok-tengok rupanya ada piket oleh pekerja-pekerja bank. Then aku dpt flyer dari dorang. Rupa-rupanya dari National Union Of Bank Employees (NUBE). Antara sebab musabab dorang adakan piket ada seperti keratan flyer di bawah.

Part 1

Part 2
Aku mmg x suka ngan Maybank nie coz interest untuk CC mmg tinggi. Jadi mmg pasnie aku xkan buat apa-apa kat Maybank. Servis pun cam nak xnak je. Satu-satu yang aku suka cuma la Maybank2u je. Yang lain cam hampeh. Haha. Bila baca flyer dorang nie dan lihat gaji CEO dorang yang sehari je da RM12,868.49, mmg cam gampang je kalau dibandingkan ngan gaji den yang cuma RM100 sehari.

Part 3

Part 4

Part 5
 Dan untuk video dorang nyanyi cam wat konsert je. Haha.

video


Kesimpulan, mmg PADAN MUKA KAU MAYBANK. Haha. ;)

Regards.