Rabu, 2 Januari 2013

Tahun baru yang penat

Penattttt.

Uit. uit. uit. Semalam habis kerja pukul 0800. Selesai je handover segala apa yang patut, terus menuju ke Pasar Port Dickson. Bukan untuk membeli ikan atau sayur, tapi membeli sebungkus nasi lemak. Nasi lemak yang 'UMMMPPHH' bagi aku. Walaupun nasi x banyak namun sambal ayam nya SANGAT-SANGAT sedap wa cakap lu. Tapi selalunya akan aku beli pun bila aku kerja malam. Kalau keje pagi atau petang, mmg xde nye aku nak pegi beli. Hehehe.

Selepas bersarapan dengan jayanya, aku sambung main PS3-God Of War III. Da berapa lama tertangguh sebab stuck kat satu tahap. Tapi last week cousin aku berjaya melepasi tahap tersebut dan aku sambung balik main game sampai berjaya habiskan semua tahap. Kesimpulan tentang game God Of War III, GANASSS. Walaupun begitu, grafik mmg SUPERB tapi tak sesuai utk kanak-kanak sebab melibatkan dewa-dewa Greek. Bukan apa, takut boleh terjejas akidah sebab percaya/taksub akan benda-benda begini. 
Secara ringkasnya mengisahkan Kratos, separa manusia separa dewa telah memberontak dan memburu semua dewa-dewa terutama dewa Zeus yang merupakan ayah kepada Kratos kerana telah mengkhinatinya. Kratos telah pegi ke Mount Olympus bersama sekutunya, Titans yang kemudian di biarkan oleh mereka. Dengan panduan yang diberikan oleh Spirit of Athena, Kratos telah berlawan dengan raksasa, dewa dan Titans untuk mencari kotak Pandora dan mengalahkan Zues.
 
God Of War III
Da settle kan game tersebut, aku terus tarik selimut dan tido. Tue pun da lewat kot dlm pukul 10 pagi. Lena sampai ke petang kot. Nyenyak sungguh. Bangun pukul 4 petang itupun lepas kena kejut dengan ibu. Kalau x, mmg sampai ke maghrib baru bgn kot. Hehe. Bangun, mandi pastu makan meggi goreng yg ibu masakkan sebab wife jauh di Sabah. Sobs, sobs. Pastu parents aku ajak pegi TF Market beli barang-barang dapur. On the way ke sana, sahabat karib aku Amir Khairi hantar mesej kat Whatsapp ajak pegi main badminton. Aku on je sebab da lama x beriadah/bersukan sebab last week busy ke Sabah. Balik je dari TF Market terus Amir dtg rumah dan pickup aku. Kami main badminton dalam sejam setengah kot. Dapat la main 6 set.
                                                   
1st set = Amir menang dengan 21-18,21-13
2nd set = Abdillah menang dengan 21-9,21-18
3rd set = Amir menang dengan 21-16, 21-19
smash dengan senyuman
ambil/buang angin dulu
Memang penat. Bukan penat biasa tapi PENAT SUNGGGUHHH!. Tercungap-cungap sebab stamina level cam da zero. Memalukan je. haha. Lagi best kalau 2 lagi sahabat karib aku dpt join iaitu Amir Ahmadiah ngan Kuchai tp dorang ada hal lain lak. Habes je game terus kami pegi port minum kat food-court The Store, Mient Burger. Mmg kat situ la port kalau pas bersukan. Hehe. Dan selalunya akan aku order air nenas kiub size XXL pastu ngan nugget tempura. TERBAIKKK..
Nenas Kiub XXL & Blue Lemon Longan

Balik dari minum dlm pukul 10 malam. Lepak jap layan Adam & Hawa ngan EPL. Hehe. B4 pegi keje sempat lagi layan PS3-Pro Evolution Soccer 2011 dalam 2 game camtue. Sampai lambat gak la aku gerak dari rumah nak ke office. Hehe. Sampai office online system GSAP & OMEGA, pastu layan EPL kat www.eurosport.com. Dan keputusan perlawanan EPL malam tadi adalah :-
  • West Ham 2 Norwich 1
  • Wigan 0 Man Utd 4
  • Swansea 2 Aston Villa 2
  • Man City 3 Stoke 0
  • Tottenham 3 Reading 1
  • West Brom 1 Fulham 2

Bersambung...

Selasa, 1 Januari 2013

18 Safar 1434H = 01 Jan 2013

LIMA RATUS EMPAT BELAS!!!

Ada apa dengannya? YA! Lima ratus empat belas hari telah berlalu tanpa sebarang update. Hahahaha. Punya la lama x datang sini. Sibuk dengan kehidupan seharian sehinggakan lupa akan blog usang lg hampa. Lagipun kebanyakan masa adalah di *TWITTER ngan *FACEBOOK. Oh ye, dan juga di *INSTAGRAM. *sila la lawati dan follow & friend me. :)

Maknanya sepanjang 2012 tiada sebarang post pun! Apa yang berlaku pada 2012? Jeng jeng jeng. Paling bermakna sekali apabila aku telah menjadi suami kepada Mardziah Nostan pada 06 Julai 2012. Pastu da jual skuter Yamaha Nouvo dan beli Kawasaki Ninja 250 SE. Hehe. Dan yang lain hanya la perkara rutin seharian yang normal. 

Kawasaki Ninja 250 SE

Me & Wifey
Last year pun ada beberapa tarikh yang menarik dan salah satu nya adalah 12.12.12. Dan tarikh 21.12.12 pulak adalah tarikh yang dikatakan adalah 'kiamat untuk bumi' oleh pihak barat/kafir yang menggunakan Kalendar puak Mayan. Agak kelakar jgk bila menonton National Discovery tentang rancangan 'Doomsday Preppers' yang mengisahkan beberapa keluarga bersiap sedia apabila tibanya KIAMAT. Ada yang prepared makanan yang bleh tahan berbulan-bulan, simpan senjata, training anak-anak dan isteri. Yang lg hardcore siap cari/bina tempat perlindungan seperti di bawah tanah dan gua. Apapun ternyata pengiraan mereka meleset sama sekali kerana bumi masih seperti biasa. Hanya Pencipta alam ini, ALLAH S.W.T. mengetahui akan berlakunya KIAMAT.

Doomsday Preppers

Sekarang pukul 0408, 01 Jan 2013 dan aku kena bekerja pada shift malam. Agak xde untung sebab keje banyak cam biasa dan shunting truck berlambak. Non-stop dari 0000-0330. Hari nie keje sampai 0800 pastu balik sarapan dan tido sampai tengah hari. :)

*bersambung..