Isnin, 7 Februari 2011

Citer seram, bola dan tiket.

Malam tadi download movie Paranormal Activity 2 (2010) sebab bosan xde movie lain untuk di download. Asyik-asyik download Chuck, Chuck dan Chuck lagi. Habis season 1 sampai 3 aku sedut. Haha. Lagipun family aku pun nak tengok movie gak pas dinner malam td. Citer tue mmg seram yang terbaek ar beb. Bkn ibu ngan adik aku je yang terasa seram, ngan aku pun rasa camtue. Di tambah lagi ngan ibu aku yang kuat m'jerit. Memang xbleh bawak panggung nie. Asyik terjerit-jerit je. Haha.

Da settle layan movie, tgk lak EPL. CHELSEA (0) vs LIVERPOOL (1). Dan hampeh, CHELSEA bleh lak kalah kat tempat sendiri. Even Torres pun xbleh wat pape. Cam rugi je beli ngan harga 50 juta pound (RM250 juta). Haha. Tp xsempat nak tgk sampai habes. Bleh lak terlelap depan TV tp mmg aku pun ngantuk gle. Almost 2 hari x cukup tido.

Pagi td lak kul 0555 da tercacak kat LCCT untuk hantar adik aku balik Kuala Terengganu. Aku bajet xde la ramai sangat kat airport pepagi cam nie. Rupa-rupanya lagi ramai dari waktu biasa. Banyak gak lak kerenah yang aku tgk. Ada yang kelam kabut sebab da panggilan terakhir utk flight dorang dan tetiba aku teringat masa aku tertinggal flight kat KK. Bulan October 2010 kalau xsilap. Check in lambat punya pasal la aku tertinggal dan aku kena beli tiket lain. Nasib ada member keje kat MAS. Minta dia tolong booking tiket untuk aku dan harganya dalam RM564 (Sehala). Memang terasa sengal tp nak wat camne, da salah sendiri.

Pastu lak baru-baru nie aku rugi dalam RM400. Pasal tiket jgk kali nie. Masa gaji aritue, aku terus la beli tiket aku ngan Fara untuk flight 24 Februari ke KK. Sebab bagi aku makin dekat tarikh makin mahal harga tiket. Check Air Asia ngan FireFly ada la dalam RM9xx pergi balik. Last-last aku beli tiket MAS dalam RM720 pergi balik. Pastu x sampai 3 hari, aku check la balik AirAsia dan bleh plak dorang wat promotion last minute. Pergi balik KK x sampai RM300. Memang hangin satu badan dan aku terus je senyap. Malas nak pikir. Haha.

Moral of the story ialah pasni kena la lebih berhati-hati dan sabar masa beli tiket.

Ahad, 6 Februari 2011

Kelaparan. =_="

Pergh! Perut aku da macam-macam bunyi da nie. Dari malam semalam x isi apa-apa dlm usus perut. Mmg kelaparan tahap jingga nie. Nape x makan? Sebab x sempat nak makan pape.

Malam tadi je balik keje da pukul 2400. Pastu sampai umah layan WOLVES vs MU jap. (Padan muka MU kalah. Haha). Pastu mata da layu dan tertido. Tau-tau da pukul 0730 lak. Da la kena tukar shift ngan member. Jadi kena masuk kul 0800. Disebabkan da terlewat bangun, langsung xsempat nak pegi ATM kuar duit ngan beli sarapan. Bajet bleh la tahan sampai petang. Rupanya x sempat ke tengah hari. Haha.

Dan sekarang aku ngan tabahnya menunggu kul 1600 untuk pulang. Mesti makan kaw-kaw punya nie. Haha. Dan nasib keje rilek-rilek je hari nie. Tue yang best ble keje hari ahad. Cuma cam pelik lak bagi org lain coz ahad waktu utk berehat-rehat di rumah ngan family. Tp nak wat camne, da keje nye shift. Kena la follow schedule.

Hari nie alhamdulillah semua nye berjalan dengan lancar walaupun sistem OMEGA agak pening-pening lalat. ;) Wokey la. Nak closing dulu. Mau pulang dan makan pastu tido dengan lena. ;)

Bye-bye.

Rabu, 2 Februari 2011

Room Service Please!

Bilik aku semakin da x jadi cam bilik. Almost 90% da macam stor atau cam kandang kucing beranak da. Since keje malam nie mmg malas sangat-sangat nak mengemas. Mane x nye, balik da kul 8pg dgn mata koyak x tido pastu sarapan jap n then terus tido. Bangun-bangun da nak petang. (Saja bagi alasan. Nak sedapkan hati sendiri):~)

Aritue da susun-susun skit. Tp bersepah balik. Langsung xde mood nak kemas da. Da kena bebel ngan Mem Besar baru la kelam dan kabut aku nak kemaskan. Haha.

Bukti A

Bukti B

Komik-komik aku yg buat cam bersepah. Parents aku da bebel da suh buang atau jual. Tp sorry Mem Besar, bertahun kumpul. Xkan dengan mudah nak jual. Haha. :)

This wik xde citer sgt cuma gasak OT masa Tahun Baru Cina. Kebetulan Tahun Baru Cina jatuh pada off day aku iaitu hari khamis dan jumaat. Apa lagi, gasak ar. Tanpa ada apa-apa bantahan sampaikan confused nak claim OT ngan Public camne. Da la gaji kena submit sendiri. Penat mmg penat sebab xde cuti tp berbaloi-baloi. ;)

Cuma start dari nex wik, aku da kena start balik jogging + push up + diet. Badan da naik cam anak badak air kot. Kadang-kadang wat keje skit da mengah. Belum campur nafas x cukup. Memang lemak + kolestrol da memenuhi setiap ruang-ruang dalam arteri. :(

Mau tido da. Nyte-nyte. ;)

Selasa, 1 Februari 2011

-1st year anniversery-

Diam x diam da setahun aku bersama Gia. Tp kalau nak diikutkan mmg dah nak masuk 6 tahun aku ngan dia. :) Macam2 da aku dan dia lalui. Couple, break, couple, break, couple, break sampai satu tahap dia betul2 da FED-UP ngan perangai aku dan dumped aku. Selepas dia pergi, baru aku terasa betapa bodohnya aku sehingga sanggup lepaskan dia.

Sepanjang ketiadaan dia di sisi, hidup aku cuma cam biasa2 je. Kerja, kerja dan kerja sahaja yg ada dlm fikiran aku. Pas dapat gaji enjoy shopping sakan. Xde simpanan sgt masa tue.
Ye la, xde komitmen katakan. hehe.

Kadang-kadang ble layan Myspace atau Facebook memember cam Aneph ngan Akhmil, honestly mmg aku rasa jeles ngan dengki kat dorang. Nape? Sebab dorang nie jenis yg kewl dan setia pada GF dorang. Even Aneph cam RoxStar pujaan malaya pun dalam hati ada taman dan pelangi. :) Akhmil lak mmg aku respect coz relationship dia ngan Nieta masih bertahan dari zaman kolej sampai la skang. Da bertunang pun Disember lepas dan akan berkahwin June 2011. Congrat bro!

Terdetik rasa kagum kat dorang coz dorang enjoy life nie ngan gadis yang mereka sayang tanpa ada rasa berbelah bahagi. :) Setelah lama hidup terasa kelam, pada tarikh yang sama tahun lepas, hidup aku kembali bersinar semula. Kenapa? Aku da dpt curi hati Gia semula. ;) Usaha bertahun2 utk dptkan Gia kembali terasa amat-amat berbaloi. ;') Setelah setahun bersama kembali, aku rasa aku amat bertuah dan gembira sekali.

Kepada Gia, "Within this 1 wonderfull year, i'm the luckiest guy in this entire world. Why? Because i had u in my life. U make me almost perfect."