Memaparkan catatan dengan label Sports. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sports. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Kalah walaupun seri.

Smalam 28.07.2011, aku beli tiket utk tgk perlawanan kedua pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku gerak ngan memember dan adik aku dlm 4 orang (planning 7 org tp 2 da gerak awal dan sorang kena amik kat Shah Alam) dlm kul 1600 dari Port Dickson. Pastu sampai Shah Alam dlm kul 1700 dan terus ke stadium ikut Highway Kesas. Game start kul 2045 dan kami sampai dlm kul 1900 coz jalan jammed gle. Pastu nak mencari parking punya la susah. Alih-alih kami park kat dalam shopping complex kat seberang jalan ke stadium. Bayangkan punya jauh nak berjalan masuk stadium. Menapak wei. :)

Dari kanan : Adyleen, Amir Khairi, Amir Ahmadiah, Wani
Adik aku ngan wani pegi redeem tiket coz kami beli online, jadi aku, Amir Khairi ngan Amir Ahmadiah cari parking. Orang mmg ramai sangat kot. Bayangkan tiket 85,000 keping da sold out dan boleh nampak betapa ramai rakyat Malaysia pakai jersi Biru dan Kuning kat perkarangan stadium. Agak sesat gak la nak cari adik aku ngan wani kat Gate Merah. Berpusing-pusing kami bertiga. :)


Da jumpa dorang, kami siap-siap cari tempat duduk dlm stadium. Dapat la duduk bahagian bawah mengadap tiang gol kat padang. Cuma yang spoil adalah tiang penghadang antara tempat duduk. Jadi x nampak bahagian kanan padang. Tapi dalam stadium xpayah citer la. Penuh ngan umat manusia. Haha.

Position tempat duduk aku dan yang lain

Sebahagian dari 90,000 penyokong Malaysia
 
Kawan Baik
 Perlawanan pada awalnya mmg cambest tp ble da 2nd half, pemain Malaysia da hilang arah. Banyak bola lepas mudah dan Midfield mmg xde hasil langsung. Defense lak ble kena counter attack je ngan Singapura mmg kelam kabut. Nasib GK, Apek mmg tahap terbaik dan bukan GK perlawanan pertama. Kalau x, mau nye jadi cam perlawanan pertama sampai 5 gol bolos. 

Rakan & Adik
Keputusan nya seri 1-1 namun disebabkan kekalahan 3-5 di perlawanan pertama, agregat hanya la 4-6. So, masih tidak kesampaian hasrat penyokong nak tgk Malaysia di perlawanan seterusnya. :'(

Habis game dalam kul 2300 jadi kami blah awal skit coz xnak sangkut kat jammed. Masa balik tue adik aku nak cari jersi Malaysia yang warna biru. Cari punya cari (harga bleh tahan mahal dalam RM40), x jadi lak beli. Pastu pergi la ke kereta dan on da way kena lalu satu jambatan. Memang sesak gle. Jalan pun berhimpit dan setapak demi setapak. Haha.

Masa nak keluar dari shopping complex pun bleh sangkut dlm jammed. Dalam sejam jgk la stuck. Huhuhu. Pastu hantar Amir Khairi balik Shah Alam coz dia nak kena amik bos dia kat LCCT. Sampai dlm kul 0100 tapi sempat jgk la kami lepak dinner (supper sebenarnye) kat Seksyen 7. :)

Supper @ Seksyen 7

Da kenyang, kami berempat bertolak kembali ke Port Dickson. Gerak kul 0200 dan sampai dalam kul 0315 dan terus berdengkur coz aku kena keje kul 0800 pagi nanti. Punya la mengantok. Apepun mmg enjoy dpt lepak tgk bola ngan dorang. Cuma sian tunang aku x dpt join skali. :)

Regards.

Ahad, 24 Julai 2011

Harimau Muda kena baham ngan Singa.

Malaysia (3) - Singapura (5)
 Smalam (23.07.2011) perlawanan pertama pusingan kedua untuk kelayakan Piala Dunia 2014 antara Singapura & Malaysia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Resultnya agak m'dukacitakan peminat di tanah air dengan kekalahan 3-5. Walaupun x tgk secara live, dari report di Berita Harian, Kosmo, dpt disimpulkan banyak kesilapan yang di lakukan oleh pertahanan  Malaysia sehingga di bolosi 4 gol pada separuh masa pertama. Dan 1 gol di separuh masa kedua. Gol-gol  Malaysia di jaringkan oleh Safee Sali minit (1, 69) dan Abdul Hadi Yahaya (68) manakala gol Singapura pula oleh Aleksandar Duric (7, 80), Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi (45). Safiq Rahim dari Malaysia dan Ismail Yunos pula di layangkan kad merah pada minit ke-49 dan minit ke-53.

SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi. (Sumber dari Berita Harian)
 Dan jika  Malaysia nak layak ke pusingan seterusnya, kena la menang pada perlawanan timbal balas di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28.07.2011, Khamis pada pukul 2045. Aku MUNGKIN pergi dan MUNGKIN TIDAK coz aku keje shift malam. Da la Chelsea game aritue x pergi. Haha. :)

Kg Arab VS Kg Baru SiRusa
Petang tadi pulak kena paksa ngan Ibu aku pergi ke Padang Kilat utk support game bola untuk piala apa ntah antara Kg Arab VS Kg  Baru SiRusa. Semi-Final nye game. Jadi, pas keje td terus la pergi layan dan keputusan adalah Kg Arab layak ke Final jumaat next week dengan kemenangan penalti 5-4 setelah perlawanan seri 1-1 tamat masa 90 minit.

Anak sape ntah. Haha.
Ramai gak memember yg main cam Zamer, Tebu ngan Yazid dan tetiba je cam jeles coz tgk dorang still bersukan walaupun da lama abes skolah. Aku lak da macam laki orang ngan perut ke depan da. Hehe.

Orait, siap-siap nak mandi. Jap lagi kena temankan ibu pegi office. ;|

Regards.

Jumaat, 22 Julai 2011

Chelsea menang tapi...

Yo!

Malam tadi Chelsea VS Pilihan Malaysia dan keputusan Chelsea menang dengan jaringan cuma 1-0 hasil sepakan percuma Didier Drogba pada minit ke-78. Aku cuma sempat tengok 2nd half coz tertido sementara nak menunggu. Bajet nak lelap kejap tp tau-tau da pukul 2130. Itupun sebab ibu aku kejutkan. Haha.

Pilihan Malaysia (0) - Chelsea (1)
 Aku nie xde la fanatik bola sgt cam memember aku yang lain dan aku rasa keputusan aku x beli tiket kelmarin adalah tepat coz corak permainan yang ditunjukan oleh player Chelsea xde la segempak cam mana dorang main kat EPL. Lagipun cuma show game je, xkan la dorang nak berhempas sungguh-sungguh. Tp for sure ramai fans The Blues cam bengang je ngan game dorang td. Cam x berbaloi beli tiket mahal-mahal.

Torres
Player Pilihan Malaysia pun not bad jgk dari segi pertahanan sebab x dibolosi gol selama 75 minit perlawanan, tapi sayang dari segi serangan, memang tumpul. Lebih-lebih lagi midfielder Pilihan Malaysia x berkesan langsung. Dengan cross yang x cantik, x sampai dan xde strategi cuma di akhir-akhir perlawanan da agak menarik dengan 2,3 serangan tepat ke pintu gol Chelsea. Apapun, perlawanan malam tadi agak TERBAEK dari Pilihan Malaysia dan yang biasa-biasa dari Chelsea. :)

Orait, pas tgk bola layan jap NCIS - Los Angeles Season 2 kat AXN HD. Cambest gak episod malam nie. Waktu untuk tido. Nyte.

Regards.

Rabu, 20 Julai 2011

Pulang

Yeay!

Finally, lagi 1 jam untuk pulang. Balik nie, beli sarapan dulu pastu baru tarik bantal ngan selimut. Mesti sangat BEST!!!. Hehe. Kepada yang bekerja di pagi Rabu, selamat bekerja. :)

Tapi mungkin tengah hari nie kena pegi KL kot coz member aku nak cari tiket bola antara Pilihan Malaysia VS Chelsea di Bukit Jalil hari khamis nie dan kalau x silap game start kul 2045. Cari tiket murah-murah je, dalam RM58 tapi duduk kat port paling atas skali. Kena bawak teropong baru nampak player Chelsea. Haha. Minggu lepas ada game antara Harimau Muda dengan Arsenal (0-4) & Liverpool (3-6). Memang cam rugi je x pegi tgk coz bukan slalu dorang datang sini tapi apakan daya, RM xde dan tgh keje shift petang ketika itu. Jadi tgk ulangan je la kat ASTROK je la. :(

Arsenal


Chelsea

Liverpool
Orait, nak siap-siap berkemas apa yang patut. Bye.

Regards.

Isnin, 14 Mac 2011

Badminton All-England Final 2011 : Congrat Dato Lee Chong Wei And Sorry To The Doubles.

KOO Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong membalas hantaran beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada perlawanan akhir All England di Birmingham, semalam. – AFP (Sumber dari Utusan Malaysia Online)
Malam td sebelum pegi keje sempat la melayan badminton All-England final acara beregu (double) antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (Malaysia) dan Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark). Mula-mula aku rasa cam bleh menang je coz bkn beregu dari China, jadi peluang tue mmg ada. 1st set mmg menang mudah dengan 21-15, manakala set 2nd set lak bleh kalah 21-18.

Jadi kena la main set penentuan, dan 3rd set nie betul-betul buat bukan setakat aku je naik hangin, tp peminat badminton Malaysia jgk. Mane x nye, da baik punya leading 16-11, bleh plak hilang fokus dan kalah dengan mata 21-18. Da la last year kalah, dan peluang yang ada untuk this year tercicir lagi. Jadi, kena la tunggu lagi tahun depan. dan bak tajuk di Utusan Malaysia Online - Penamat yang amat melukakan.

CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.(Sumber dari Berita Harian Online)

Dan final single lak start kul 1 pagi waktu tempatan. Di sebabkan aku bekerja malam dan xde tv nak tgk, tau-tau Dato Lee Chong Wei (Malaysia) berjaya mengalahkan Lin Dan (China) dengan straight set 21-17, 21-17. Aku pun xsangka jgk kerana Dato Lee Chong Wei kerap kali tewas dengan Lin Dan terutama di kejohanan-kejohanan utama dunia.

Lagipun Lin Dan nie jenis yang memilihan kejohanan. Kalau setakat Terbuka Malaysia dan yang sewaktu dengan nya, mmg Lin Dan x join atau menarik diri. Tapi kalau kejohanan besar-besar cam Piala Thomas atau Kejohanan Dunia, kte boleh tgk perbezaan camne Lin Dan main.

Apapun, congratulation for our badminton hero for defending the championship 2 years in the row, Dato Lee Chong Wei. MALAYSIA BOLEH!

Ahad, 13 Mac 2011

Arsenal kalah lagi. Damn!


Kalah lagi ke Arsene Wenger?
Bapa aku sent sms kul 0430 td inform yang Arsenal kalah (lagi?) dengan Manchester United untuk FA Cup Sixth Round. Gol-gol dijaringkan oleh Fabio dan Wayne Rooney. Dengan keputusan terbaru, Arsenal telah kehilangan peluang untuk m'dapat 3 piala.

Carling Cup Final : Birmingham City (2-1),
Champion League Round of 16, 2nd Leg : Barcelona (3-1/Agg : 4-3)
FA Cup Sixth Round : Manchester United (2-0)

Dan sekarang cuma tinggal 1 piala je lagi iaitu Premier League 2011. Itupun dengan keputusan sehingga hari nie Arsenal di tempat ke-2 di belakang Manchester United (60 mata) dengan 57 mata selepas 28 perlawanan. Masih kurang 1 perlawanan berbanding Manchester United. Tp dengan Cesc Fabregas, Wojciech Szczesny (GK) dan Johan Djourou yang mengalami kecederaan, Arsenal pasti akan m'hadapi kesukaran untuk menjulang piala Premier League. Apa pun, kte tunggu dan lihat. :) 

Sabtu, 30 Mei 2009

FA Cup : Everton VS Chealsea

Salam.

Edisi hari ini agak kesibukan jgk. Sejak tengah hari tadi keluar rumah dan baru tadi pulang. Punya la semangat pakai kasut baru semata-mata ke kenduri kazen berkhatan. Pastu gie layan SUKNES kat Stadium Paroi, Seremban. Adik nak tengok Netball & Takraw. Da selesai, pegi Terminal One untuk sesi adik bershopping. Mau tercabut kaki aku melayan mereka bershopping. Letih perabes. Balik2 nie terus layan FA CUP : Everton VS Chealsea. Game x sampai seminit, Everton dah dapat 1 gol melalui Saha. Memang xsangka. Mayb rekod untuk FA. 25 saat permainan, 1 gol.

Oh ye, hari nie last day aku keje (x masuk office pun). Hahaha. Esok mayb nak masuk office jap. Nak kemas-kemas kan barang-barang yang patut. Pastu bye-bye TERAS KIMIA SDN BHD. Dan nex week, welcome AMBANK. hehehe.

K la. Mau layan bola sebentar. Sambil-sambil layan lagu dari Aiden - One Love. Chaow!!

Khamis, 28 Mei 2009

Barcelona...KING OF EUROPE!!!



UEFA Champions League
Waa. Keputusan akhir, BAR 2 MAN U 0!!! Memang tidak menyesal untuk aku berjaga sehingga kini semata-mata untuk menyaksikan pertembungan yang menyaksikan persembahan memukau dari wira-wira dari Catalan, Messi dan Eto'o. Eto'o yang menyumbat gol pertama melalui gerakan menarik dan penyudah yang menemui jaring di Stadium Olimpik, Rome. Gol kedua pulak bagaikan dipukau oleh kehebatan Messi yang menanduk cantik hantaran silang dari Xavi untuk mengesahkan kemenangan bergaya Barca ke atas Man U. Aksi beliau 'terbang' untuk menanduk bola menewaskan Van Der Sar yang hanya mampu melihat bola melintasi nya. Dan Barca akhirnya di tabalkan sebagai KING OF EUROPE untuk 2009!

1st Half Liga Juara-Juara

Hurm, lagi 5 minit untuk habis separuh masa pertama dan kedudukan adalah BAR 1 MAN U 0. Jaringan di hasilkan oleh Eto'o dengan gerakan menarik dan akhirnya berjaya memperdayakan pertahanan dan penjaga gol MAN U. Mula-mula memang nampak bagaikan bola telah terkeluar tp rupa-rupanya da gol. Bersorak la jawabnya. Hehehe. Sambil di temani oleh Roti Gardenia 'Original Classic' dan segelas air masak, aku akan bertahan hingga ke minit-minit akhir. Hehehe.

GO BARCA!!!

Rabu, 27 Mei 2009

Night Of Messi (Mesti Menang!)



Pukul 0300 am akan berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Olimpik, Rome di antara Barcelona VS Manchester United. Dan pasukan yang harus di sokong adalah Barcelona jika ditanya kepada aku. Hehehe. Aku dan En Amirudin Ahmadiah telah bertaruh dengan En Amirudin Khairi yang ternyata menyokong Manchester United. Jika pihak kami tewas (JIKA), maka aku dan amir akan belanja beliau makan-makan serta wayang. Dan jika sebaliknya berlaku (HAMPIR PASTI), maka beliau di beri pilihan untuk belanja kami makan-makan @ wayang. Dan aku pasti Messi akan merobek gawang yang di jaga oleh Van Der Sar habis-habisan. Untuk perlawanan hari esok (khamis), aku telah m'jemput En Amirudin Ahmadiah dan bos aku, En Habib untuk menonton di rumah aku. Itupun jika masing-masing terjaga pada pagi nanti. Hehehe.


Selepas aku pulang kerja pada pukul 0500 pm tadi, aku terus gerak ke Shell Club bersama En Amirudin untuk ke gym dan setelah selesai, kami sempat jgk bermain pool di sana. Seperti yang selalunya, aku tewas kepada kehandalan En Amirudin. Memang tangan x handal untuk main snuker @ pool. Hehehe. Kemudian kami gerak ke PD Beach untuk membeli makanan tambahan untuk menyaksikan perlawanan pada pagi nanti. Sempat jugak kami bermain mata pada pekerja di PD Beach yang cumel lagi gebu. Hahaha. Nasib je aku kurang kacak. Jika tidak, naya la pekerja tersebut.
Cukup untuk waktu kini dan seperti biasa, blog ini pasti ditemani mp3 @ vids dan mp3 yang sedang di udara adalah dari A Static Lullaby - Toxic (Cover)