Jumaat, 31 Disember 2010

Last day for 2010..

Salam.

Hari nie hari terakhir dlm 2010.
Diam tak diam da 365 hari berlalu pergi dari kita semua.
Berbagai-bagai peristiwa yg telah berlaku.
Ada antara kte bersedih setelah kehilangan org yg kte kasihi. Ada yg berbahagia kerana menerima orang baru.
Dan begitu la roda kehidupan manusia.
Yang hidup pasti akan mati.
Aku juga telah kehilangan org yg aku kasihi iaitu Tok Wan aku yg pergi menemui ILAHI pada MAC lepas.
Al-Fatihah utk arwah.

Tahun ini jgk aku telah menerima satu berita yang mengejutkan iaitu pada 20hb Disember lepas, bapa aku telah di masukkan di ICU HKL kerana serangan jantung.
Tp aku bersyukur kepada NYA kerana bapa aku masih dipanjangkan umurnya.
Alhamdulillah dia semakin pulih cuma selepas ini beliau kena la jaga permakanan dan kesihatan diri sendiri serta harus berhenti merokok jika sayangkan nyawa dia sendiri.

Itu adalah antara cebis-cebis pengalaman dan peristiwa yang aku lalui sepanjang 2010.
Dan pasti korang jgk ada cerita tersendiri.

Okey lah, da nak masuk keje. Bye dan salam 2011. ;)

Khamis, 30 Disember 2010

Next Year in 48 hours..

Waa, da 6 bulan x update apa2.
Xpe2, tunggu sahaja January 2011.
Akan aku cuba update kan this blog even once per week. ;)
Btw, smalam Malaysia da menang AFF Suzuki Cup.
Congrat Harimau Malaya! :)

Bye2 2010 and welcome 2011.
Salam. ;)

Rabu, 26 Mei 2010

.24 Years And 1 Day.

Hari ini 26.05.2010. Means aku da berusia 24 tahun dan 1 hari. Syukur ke hadrat ILLAHI kerna aku masih bernafas ketika ini. Syukur kerana aku di kelilingi dengan insan-insan yang aku sayangi dan m'yayangi aku. Syukur kerana NYA aku dikurniakan dengan Ibuku yang cantik dan baik. Bapaku yang kacak dan bergaya. Adikku yang cumel dan garang. Kekasihku yang ayu dan manja. Ketika ini aku terasa amat rendah diri kerana dikurniakan kebahagian ini. Semoga kegembiraan ini berpanjangan. Amin. ;p

Aku telah terbang bertemu dengan kekasih hatiku, Mardziah@Gia@Avie pada 18.05.2010 di Kota Kinabalu, Sabah. Tiket penerbangan 5104 aku pada pukul 1115 dan aku pulang dari kerja pada pukul 0800. Selepas pulang terus bersiap bergerak ke LCCT. Sampai dalam pukul 0930, bersarapan dan pada pukul 1020 sudah berada di dalam kapal terbang. That's was my 2nd time i fly after trip to Beijing. Hehehe. Setiba sampai kat sana, Gia dan family datang m'jemput aku dan telah m'bawa aku melawat ke bandar KK. Cuaca di sana ketika sampai hanya la hujan renyai-renyai dan itu m'yejuk kan sedikit sebanyak kegementaran aku bersama keluarga Gia. ;p Setelah sampai di rumah mereka, Gia telah menyiapkan makanan tengah hari utk kami. Pertama kali aku merasakan masakan dari air tangan Gia. Walaupun simple masakan dia, namun menepati selera aku. Lagipun aku bukan la jenis yang cerewet tentang makanan. Setelah kenyang, kami berehat seketika sebelum keluar bersama Gia.

Kami berjalan2 berdua di bandar KK setelah hampir 3 bulan kami tidak berjumpa. Kali ini kami benar-benar bagai dilamun cinta kerana terasa hanya kami berdua sahaja ketika itu. Selama 3 hari aku tinggal di rumah keluarga gia, selama itu lah dia memasak untuk aku, basuh baju aku. Terasa sangat gembira kerana ini la kali pertama ada nya seorang gadis yang cantik dan baik melayan aku seperti itu. ;p Selama 3 hari aku berada di sana, berbagai aktiviti kami lakukan bersama. Memang bahagia dan gembira. Da lama x bercinta sebegini since 2007. Hehehe.

Pada 21.05.2010 adalah waktu untuk aku pulang ke Port Dickson. Penerbangan 5101 aku pada pukul 0945, sebelum pulang, kekasih hatiku sgt2 sedih kerana masih x puas untuk bersama. Aku jgk begitu tapi apakan daya, masih ada tanggungjawab untuk aku di Port Dickson. Setelah gerak pulang pada 0945, aku sampai di LCCT pada pukul 1230 dan sampai di rumah pada pukul 1315. Setelah selesai makan tgh hari, aku terus bersiap utk meeting HSSE pada pukul 1400. Selepas meeting, aku kena masuk kerja pada pukul 1600 sehingga 2400. Memang sangat-sangat keletihan tp nak buat bagaimana. Itu adalah pilihan aku. ;p

Sehingga berjumpa lagi. Post ini di tulis bersama lagu The Electric Diorama - Our Love Will Dry Out On Christmas

Selasa, 6 April 2010

Fire Fighting..


 
Hari ini tamat nye course Fire Fighting untuk 2 hari. Course mmg sgt menarik dan xtiviti m'yeronokkan. Dari mula belajar guna host, teknik2 dan jenis2 pengunaan bahan utk memadamkan api. Seronok dan penat wei. Berpeluh mmg x ingat beb. Basah luar dan dalam. Hahaha.

Da seminggu keje non-stop. Patut hari nie off day tp sebab ada course nie, kena la wat OT. Nasib bleh claim. Lalala. Nampaknya sampai hari ahad la kena kerja. Da la minggu nie kena morning shift. Memang koyak la masuk keje. Tp td dpt tahu minggu nie xkan ada order untuk Own Collection, so keje agak rilek2 jgk nanti. Hope so. ;p

Pagi tadi GF aku da msg kata gie klinik kerajaan. Tp kesian kat dia, dari pukul 8 am until 3 pm baru settle. Berapa lama dia kena tunggu. Cam lembab je staff buat keje. X fikir ke org lain pun ada keje? Nak nangis GF aku masa dia call tgh hari td. Pastu dia risau lak result blood test. Alhamdulillah kerana xde pape yg kritikal. Cuma hormon kurang seimbang. Btw, just want to let you know that i always be there for u. Xkira apapun, B ttp ada untuk yayang. Always be. Insya ALLAH. Love GIA!!!

p/s : Tengah create post sambil layan Finch - Letters To You. ;p

Sabtu, 3 April 2010

Today is Saturday..


Selamat tengah hari!!!

Bangun2 je tadi suara da macam nak hilang. Garau perabes. Hahaha. Malam tadi tido lewat gak. Around pukul 5 am jgk. Menunggu download movie 'G-Force (2009):Blu-ray'. Gila lama. Dah la internet cam bongok je kadang2. Jap2 putus. Letih nak start download balik. Nasib kejap je wat hal. Sambil2 tunggu nak siap sempat jgk la bergayut dengan Mrs. Abddilah dalam 2 jam jgk. Memang puas hati. Nasib je dia jauh kat KK. Kalau x, mmg da keluar pergi dating la. Hehehehe.

Hari nie kena keje petang. Jap lagi mau keluar ke rumah atuk. Since arwah tok wan da pergi 3 weeks, ingatan masih jelas ttg kebaikan dan kasih sayang arwah pada aku. Kadang2 cam xpercaya je arwah da pergi. Sangat2 sayu ble ziarah kubur arwah. Walaubagaimanapun, aku bersyukur yg arwah pergi dengan tenang. Teramat tenang. Sangat mudah ketika m'nguruskan jenazah. Wajah arwah jgk manis dan tenang. Pendek kata, semua nye berjalan dengan mudah. Alhamdulillah.

p/s : disertakan bersama pict raya terakhir aku bersama arwah. Al-Fatihah. ;'(

Selasa, 30 Mac 2010

Kembali..








Yooo!!

Akhirnya aku kembali lagi. Since dari October 2009 aku xupdate. Bermacam2 telah berlaku pada hidup aku. Kalau nak diceritakan dari mula, mmg cam sengal je. Hahaha.

Antara yang menarik aku da pergi Beijing, China! Even cam malas je nak pergi kan coz nak diikutkan mmg xlayak utk aku kesana. Thnx pada kawan baik aku, Amiruddin Khairi. Aku mmg byk berhutang budi pada dia. Kalau ikutkan hati, mmg nak je keje lg kat AmBank. Tp apakan daya, aku da xmampu utk teruskan. Da tersurat bukan rezeki aku kat sana dan aku xblh lagi menipu diri sendiri. Aku perlukan lakukan sesuatu utk teruskan hidup dan bkn terus bergantung pada org lain utk memberi rezeki kepada aku. Aku telah mengalami kegagalan dari segi ekonomi since bln Jun 2009. Kini aku harus bermula dari bawah semula. Aku xkan salahkan pilihan aku untuk bekerja di agensi B26 tp pengalaman mematangkan aku. Aku kini lebih arif untuk membuat sesuatu keputusan.

Since aku balik dari Beijing, aku mula bekerja di company lama aku, TKSB sebagai Terminal Operation Assistant. Skop keje aku pada mula nya lebih kepada kerja2 pejabat yang biasa. Lama kelamaan telah ditambah skop untuk menjadi Trainer kepada PA di terminal. Agak m'yeronokan dari segi skop kerja tapi tidak menarik pada gaji yang di tawarkan. Hehehe. Tp da kering sangat kan kat Shah Alam dan dimana byk hutang yg perlu di bayar, terima je la. LOL.

Dan pada 26 February 2010, aku telah bertemu dengan dengan KEKASIH aku, Gia di seremban. Aku dan Gia telah m'hantar family Gia ke Bahau untuk Konvo adik Gia sebagai pegawai polis. Setelah selesai check in dan makan bersama mereka, aku dan Gia serta adik lelaki nye telah bergerak ke KL. Kami bertiga berjalan2 di Time Square dan Sg Wang. Setelah selesai, aku hantar mereka pulang di Puchong. Dan pada keesokan aku dan Gia date kat Pavillion. Pastu layan To Paris With Love. Just hang out until night. Sangat seronok kerana almost 2 years aku x jumpa dia. Hehehe.

Hari ahad plak aku hanya duduk di rumah kerana keesokkan harinya aku kena masuk keje baru di Shell Port Dickson. Aku ditawarkan utk jawatan sebagai Scheduler Admin di bahagian PDI. Dan gaji nye so far oke la utk aku mulakan hidup baru.

Dengan kembali nya aku ke Port Dickson, aku kena mula untuk memandang masa hadapan. Aku kini mempunyai komitmen bersama Gia. Jadi aku kena mula dari sekarang. Jika tidak, aku akan kehilangan dia lagi. Dan pasti aku xkan biar ianya berlaku. K la, besok2 aku sambung lagi kalau rajin. Salam.

p/s : sedang dengar Train - Hey, Soul Sister. Kewl!