Jumaat, 2 Oktober 2009

Long Time Ago..

Hurm. Sudah hampir 4 bulan aku x update 1st blog aku nie. Since tukar keje nie, da cam lost connection ngan internet. Hahaha. Em, keje di AmAssurance sebagai Private Banker tidak semudah kata. Memang banyak sangat tekanan dan cabaran yang perlu aku tempuhi.

Ada kalanya aku da give-up dari segi semangat, duit dan sebagainya. Namun aku cuba jgk kuatkan semangat walaupun amat rapuh sekali. Bila-bila masa boleh retak dan berterabur.
Walau apapun, akan aku cuba untuk bersikap I'M POSSIBLE bukan IMPOSSIBLE.

Sehingga bertemu lagi.
Salam Raya aku hulurkan.
Sambil melayan video di YouTube : Lydia - I Woke Up Near The Sea

Ahad, 21 Jun 2009

Hari Di Mana Seorang Ayah Di Sambut

Salam.

Waa. 1st time aku create post kat CC. Hahaha. Da macam zaman study dulu2. Tiap2 malam ke CC. Bukan buat assigment pun. Cuma suka2 on9. Em, aktiviti untuk hari nie cuma la ke Jusco Bukit Tinggi. Pusing2 sampai lebam. Sempat jgk la layan movie Jangan Pandang Belakang Congkak. Pergh, walaupun citer tue cuma so n so tp kecantikan Lisa memang meletup. Even x byk dialog tp mimik muka nya mmg kiut. Hehehe.

Em, Selamat Hari Bapak kepada bapak aku. Even aku cuma bleh wish je la ek. Nak hadiah xdpt la. Hehehe.

K la. Mau kuar sudah. Bye2.

Sabtu, 20 Jun 2009

Today is Saturday


Salam.


Agak lama jgk aku x update blog nie. Hampir 3 minggu agaknya. Al-maklum lah, menetap di tempat orang. Rumah xde internet jadik kena duduk diam2. Hehehe. So far within 3 weeks aku di Klang, so far so good la. Cuma kena kerja lebih keras lagi untuk mendapatkan sales. Baru aku tau camne jadi budak Marketing nie. Muka kena tebal, ayat kena masin. Hahaha. So far, aku baru je dapat 3 appointment ngan customer. Semuanya perempuan! Seorang kat uptown Shah Alam dan 2 lagi di Putrajaya. Aku gerak ngan BOS aku, En Amirudin dan rakan sejawatan aku, En Am. Sepatutnya ada lagi 2 appointment malam semalam tp last minute cust cancel. Adat la tue kan.


Aku menetap di Seksyen 7 Jalan Kristal (kot) berhampiran ngan tasik. Oke la jgk di sini. Cuma agak panas. Em, Malam tadi Bonda aku ada memaklumkan yg aku dapat tawaran temuduga KASTAM pada 1 july 2009 di Seremban. Mayb isnin nie aku kena ajak BOS ngan En Am turun KL. Nak kena gie kolej CICT kat Cheras dan settlekan hutang-hutang lapuk aku agar dapat DIPLOMA aku. Dah la Sijil SPM x amik lagi. Mampus kena turun naik pejabat. Padan muka aku, sape suh malas nak ambil pas abes skool.


Em, within 3 weeks ini jgk la 2 ex GF aku kawen. Seorang di Sabah dan seorang lagi di NS. Yang gadis Sabah aku kenal semasa zaman kolej dan yg NS lak aku kenal semasa PLKN. Dua2 adalah gadis yang cumel dan jodoh mereka telah tiba. Walaupun agak sedih (tak dapat pegi) tp still aku doakan yang terbaek buat mereka. Aku harap kebahagiaan aku akan tiba bersama Mrs Abdillah, Cik Mardziah.


K la, cukup ketika ini. Aku nak tido jap. Agak mengantok. Bye


Oh ye, post ini di tulis bersama lagu dari Green Day - Know Your Enemy

Isnin, 1 Jun 2009

Hari yang tidak bekerja

Salam.
Hari ini adalah hari yang agak rileks sebab xperlu pegi keje. Hahaha. Bangun pukul 1100 am pastu lepak-lepak tengok tv ngan main internet. Pastu Amir datang rumah lak kul 12++ pm ajak keluar pegi office. Ngan x mandinya terus ke office sa,nil bawak apa yang perlu untuk dikembalikan kepada pihak TKSB. Sampai-sampai, TC tgh kemas form, TR tgh key in SIR dan Fairuz ngan Zaly pun ada bersama. Lepak jap pastu kami berdua gerak ke Billion dan The Store untuk membeli peralatan buat kali terakhir. Setelah selesai, kami kembali lepak di office sambil layan poker. Agak merasuk jgk melayan. Sedar-sedar da pukul 0600 pm. Apa lagi, waktu untuk pulang. Hehehe. Da sampai rumah, kembali layan game. Pastu cam da bosan je. aku cuba try pasang kabel HDMI kat PC ngan Sony LCD 40'. Memang merasuk beb! Aku layan Batman - The Dark Night. Memang clear perabes. Belum lagi layan 300 (Full HD) yang aku download. Hahaha. Memang kewl. Hurm. K la. Mau pegi minum-minum sebentar. Chow.

The Used - Smother Me adalah lagu yang sedang di dengar. x)

01 June 2009

Hari ini adalah sah aku telah berhenti dari TKSB. Hahaha. Pukul 1130 pm tadi sempat jgk lepak kat XOM PD. Borak-borak ngan bebudak TKSB yang lain. Kutuk mengutuk la apa lagi. Hehehe. Dengan gaji hanya masuk basic sahaja, ntah bila la nak masuk elaun ngan ot kan? Bersabar je la. Esok nak masuk office jap. Nak kemas-kemaskan apa-apa yang perlu dan hantar baju, pas kad dan safety shoes. Nanti bising lak HR. Waa.

Sangat-sangat mengantok. Harus melelapkan diri sendiri. Hehehe. Bersama lagu dari Plain White T's - 1234.

Sabtu, 30 Mei 2009

FA Cup : Everton VS Chealsea

Salam.

Edisi hari ini agak kesibukan jgk. Sejak tengah hari tadi keluar rumah dan baru tadi pulang. Punya la semangat pakai kasut baru semata-mata ke kenduri kazen berkhatan. Pastu gie layan SUKNES kat Stadium Paroi, Seremban. Adik nak tengok Netball & Takraw. Da selesai, pegi Terminal One untuk sesi adik bershopping. Mau tercabut kaki aku melayan mereka bershopping. Letih perabes. Balik2 nie terus layan FA CUP : Everton VS Chealsea. Game x sampai seminit, Everton dah dapat 1 gol melalui Saha. Memang xsangka. Mayb rekod untuk FA. 25 saat permainan, 1 gol.

Oh ye, hari nie last day aku keje (x masuk office pun). Hahaha. Esok mayb nak masuk office jap. Nak kemas-kemas kan barang-barang yang patut. Pastu bye-bye TERAS KIMIA SDN BHD. Dan nex week, welcome AMBANK. hehehe.

K la. Mau layan bola sebentar. Sambil-sambil layan lagu dari Aiden - One Love. Chaow!!

Khamis, 28 Mei 2009

Mengantok!



Salam.


Hari ini memang lewat gle masuk pejabat. Pukul 1045 am! Mane tidak nya, tido kul 0600 am selepas subuh. Tengok Barca menang kan. Hahaha. Sampai-sampai terus main kad poker. Melayan. Hehehe. Pastu gie makan kat tepi sungai. Aku cuma makan ayam masak kurma, sayur dan telur masin separuh serta teh o ais dikenakan caj sebanyak RM7.70! Adeih, punya la mahal. Sengal betul. Hurm, sabar kan je. Da kenyang mula la mengantuk. Dengan x cukup tido, mata pun layu. Hahaha. Pas

tu bleh lagi layan kad poker sampai kul 0100 pm. Pastu despatcher TKSB datang hantar barang. Borak-borak, korek rahsia dan kutuk mengutuk. Hahaha. Pastu keluar pergi tangkap gambar untuk resume aku dan En Habib.

Dan hasilnya seperti di sebelah. Memang cover mengantuk yang melanda diri.

Barcelona...KING OF EUROPE!!!



UEFA Champions League
Waa. Keputusan akhir, BAR 2 MAN U 0!!! Memang tidak menyesal untuk aku berjaga sehingga kini semata-mata untuk menyaksikan pertembungan yang menyaksikan persembahan memukau dari wira-wira dari Catalan, Messi dan Eto'o. Eto'o yang menyumbat gol pertama melalui gerakan menarik dan penyudah yang menemui jaring di Stadium Olimpik, Rome. Gol kedua pulak bagaikan dipukau oleh kehebatan Messi yang menanduk cantik hantaran silang dari Xavi untuk mengesahkan kemenangan bergaya Barca ke atas Man U. Aksi beliau 'terbang' untuk menanduk bola menewaskan Van Der Sar yang hanya mampu melihat bola melintasi nya. Dan Barca akhirnya di tabalkan sebagai KING OF EUROPE untuk 2009!

1st Half Liga Juara-Juara

Hurm, lagi 5 minit untuk habis separuh masa pertama dan kedudukan adalah BAR 1 MAN U 0. Jaringan di hasilkan oleh Eto'o dengan gerakan menarik dan akhirnya berjaya memperdayakan pertahanan dan penjaga gol MAN U. Mula-mula memang nampak bagaikan bola telah terkeluar tp rupa-rupanya da gol. Bersorak la jawabnya. Hehehe. Sambil di temani oleh Roti Gardenia 'Original Classic' dan segelas air masak, aku akan bertahan hingga ke minit-minit akhir. Hehehe.

GO BARCA!!!

Rabu, 27 Mei 2009

Night Of Messi (Mesti Menang!)



Pukul 0300 am akan berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Olimpik, Rome di antara Barcelona VS Manchester United. Dan pasukan yang harus di sokong adalah Barcelona jika ditanya kepada aku. Hehehe. Aku dan En Amirudin Ahmadiah telah bertaruh dengan En Amirudin Khairi yang ternyata menyokong Manchester United. Jika pihak kami tewas (JIKA), maka aku dan amir akan belanja beliau makan-makan serta wayang. Dan jika sebaliknya berlaku (HAMPIR PASTI), maka beliau di beri pilihan untuk belanja kami makan-makan @ wayang. Dan aku pasti Messi akan merobek gawang yang di jaga oleh Van Der Sar habis-habisan. Untuk perlawanan hari esok (khamis), aku telah m'jemput En Amirudin Ahmadiah dan bos aku, En Habib untuk menonton di rumah aku. Itupun jika masing-masing terjaga pada pagi nanti. Hehehe.


Selepas aku pulang kerja pada pukul 0500 pm tadi, aku terus gerak ke Shell Club bersama En Amirudin untuk ke gym dan setelah selesai, kami sempat jgk bermain pool di sana. Seperti yang selalunya, aku tewas kepada kehandalan En Amirudin. Memang tangan x handal untuk main snuker @ pool. Hehehe. Kemudian kami gerak ke PD Beach untuk membeli makanan tambahan untuk menyaksikan perlawanan pada pagi nanti. Sempat jugak kami bermain mata pada pekerja di PD Beach yang cumel lagi gebu. Hahaha. Nasib je aku kurang kacak. Jika tidak, naya la pekerja tersebut.
Cukup untuk waktu kini dan seperti biasa, blog ini pasti ditemani mp3 @ vids dan mp3 yang sedang di udara adalah dari A Static Lullaby - Toxic (Cover)

Early Morning 27 May 2009


Selamat siang. Hari ini ternyata sangat membosankan untuk bekerja. Sejak pagi tadi, memang tiada mood untuk melakukan sebarang bentuk pekerjaan. Hanya duduk dan tido. Hahaha. Masuk keje pagi-pagi da layan HEROES Season 3 Episode 1 kat laptop En Habib. Kemudian terus bergerak untuk menikmati juadah sarapan pagi di gerai mamak di SeaView. Setelah kenyang makan roti telur bawang dan teh ais bersama En Habib, En Azmer dan En Shaher, kami bertiga (En Shaher tidak dapat mengikuti kami kerana beliau perlu kembali ke terminal) terus menuju ke Pekan Port Dickson untuk xtiviti membeli barang-barang ilmiah iaitu surat khabar dan majalah yang sepatutnya. Selepas itu kami sempat jugak untuk membeli makanan tambahan iaitu jambu batu dan air jambu.

Kembalinya kami di pejabat, xtiviti seterusnya adalah melayan E-Mail dan membaca kembali surat khabar dan majalah. Kemudian pihak atasan di Tech Centre, Bukit Jelutong telah menghubungi aku dan meminta aku mencari satu dua perkara yang mereka hendaki. Setelah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, Cik Murni telah menghubungi aku dan mengesahkan surat perletakan jawatan aku telah di terima oleh pihak Human Resource TKSB dan telah menghantar surat balasan yang menyatakan bahawa gaji aku akan dibayar sehingga 31 May 2009. Sudahnya aku melakukan xtiviti seterusnya iaitu tido berkumpulan. Hahahaha. Masing-masing da tiada semangat untuk bekerja. Mana tidaknya, claim untuk bulan-bulan lepas masih di tahan. Kemudian di suruhnya membuat penjelasan mengapakah harus claim untuk perkara-perkara tersebut.

Kesimpulannya, semangat untuk melakukan pekerjaan yang dahulu nya sangat-sangat menyoronokkan telah mengalami proses yang membosankan. Masing-masing telah hilang semangat di atas 'campur tangan' pihak-pihak luar yang nyata sekali tidak memahami perjalanan OPERATION yang dilalui oleh kami semua. Masing-masing ingin menunjukan bahawa mereka la yang paling bijak bagaimana untuk mengendali OPERATION sesebuah company dan secara automatiknya telah menyusahkan kami semua.

Akan aku sambung selepas selesai mesyuarat mingguan. Bye.

Selasa, 26 Mei 2009

Keletihan & Kekenyangan

Adeih. Kaki ku keletihan dan kepenatan. Selepas berhempas pulas bersukan, kemudian terus melantak chicken chop dan kelapa pandan, makan dengan kekenyangan dan sempat lagi ke PD Walk dan Billion untuk melengkapkan lagi kelengkapan pakaian untuk bekerja di AMBANK next week. Ingat nak cari kasut skali tapi di atas nasihat fashion consultant aku, En Amirudin (melantik dirinya secara tiba-tiba) aku tundakan la dahulu niat aku. Maybe esok kena gerak ke Jusco Seremban 2 untuk mencari kasut seperti yang di kehendaki oleh beliau. Hahaha.

Akan aku sambung lagi kemudian. Hendak m'bersihkan diri sendiri dahulu. Dan post ketika ini di iringi oleh Hawthorne Heights - Saying Sorry. Chow!

Kisah Pada 26 May 2009

Salam dan selamat waktu asar. Hehehe. Hari ini lambat lak nak update blog. Sebabnya dari pagi agak kesibukan. Masuk opis kul 0900 am dan kuar breakfast 1000 am. Makan, minum, borak-borak, kul 1100 baru masuk office. Sambung buat la keje yang sepatutnya n then ada terima khabar yang kurang menarik yang berkaitan dengan company TKSB. Pergelutan pihak atasan (Management VS Operation) semakin bertambah buruk. Nasib aku da antar surat resign last week. 31 may 2009 adalah hari terakhir aku sebagai Data Entry di TKSB.

Bermula nya kerjaya aku di TKSB adalah sebagai PA (Project Assistant) di EXXONMOBIL Port Dickson pada 20 august 2007. Dan sebagai Data Entry adalah pada 01 february 2008 sehingga 31 may 2009. Macam-macam pengalaman aku dapat sejak berada di bawah. Pernah aku kemalangan semasa nak pergi kerja, dan esok nya aku ada KONVO. Apa lagi, naik pentas ngan tangan berbalut. Memang lawak ble di fikirkan kembali. Hehehe. Di sebabkan khabar begitu la, dari pukul 0100 pm keluar lunch ngan bos dan budak2 terminal/office, sempat jgk la kami lepak main snuker hingga pukul 0300 pm. Betul-betul dah xde semangat nak keje. Balik je office, member aku guna PC aku. So, aku duk lepak2 je la. Xde keje kunun-kunun (keje bersusun kat meja).

Ada lagi 5 hari untuk aku mulakan kerjaya aku di AMBANK Klang. Aku x tau la camne aku nak survive kat sana. Namun untuk mencari arah tuju dan pengalaman yang baru, harus aku kentalkan semangat dan berdoa agar di murahkan rezeki oleh NYA. Insya ALLAH. Doa ibu harus jugak aku pohon demi keberkatan rezeki yang akan aku terima nanti. Amin. Disebabkan kerja baru nanti memerlukan aku berpakaian yang kemas, maka aku dan kawan baik seumur hidup aku, En Amirudin Ahmadiah terus bergerak ke The Store PD untuk sesi membeli belah. Ketika bos dan rakan aku gerak ke pusat snuker, aku dan dia terus pegi beli 2 pasang kemeja plain putih dan 3 pasang seluar. 2 slack dan 1 khakis. Koyak la jgk. Nasib malam tadi dapat gaji dari Coulomb.com. Lepas la jgk untuk hidup beberapa hari/minggu. Setelah selesai membeli belah, kami terus hantarkan motor untuk di service. Motor aku bkn nya slalu jalan jauh pun(sebab memang x suka drive). Motor da nak masuk 3 tahun tp meter still dalam 78++ KM. Member aku yang kat kl, motor x sampai setahun meter da lebih 10k. Nampak sangat aku seorang yang baik. (kunun-kunun) Em, jam sudah melebih 0500 pm. Waktu yang sesuai untuk berambus. Sehingga bertemu pada malam ini.

Dan post ini ditemani oleh dendangan lagu dari The Times - Pesona Algebra.

The End Of 25 Mei 2009

Selamat malam. Akhirnya aku berumur 23 tahun 1 hari dan beberapa minit. Hehehe. Punya la malas hari nie sehinggakan masih tidak mandi. Dari tadi mengadap TV dan PC. Bila da bosan dengan PC, mula la aku on PS3 - Fifa 2008 @ WWE Smackdown VS Raw 2009. Nak beli game baru pun dan 2 bulan tertangguh. Asyik ada perkara yang di perlukan duit berbanding membeli game blu-ray disc PS3. Masih xmampu nak beli byk2. Sebulan hanya satu je yang ku mampu. Em, malam semakin lewat. mata sudah semakin layu dan bantal semakin memanggil-manggil.

Selamat malam dan mimpi indah kepada semua. Ketika ini blog ini ditulis sambil di temani VIDS dari Tiffany Jo Allen - Fall For You (cover).

Isnin, 25 Mei 2009

Half Day Of 25 May 2009

Waaa.


Kekenyangan menguasai diri (ataupun PERUT). Mana tidaknya, dari tgh hari sehingga seketika tadi, asyik makan, minum dan minum. Sampai bertambah ntah brape inci ukur lilit pinggang nie. Hahaha. Em, tgh hari tadi sempat jgk ponteng keje jap keluar potong rambut (BOTAK).

Petang lak budjet nak pergi gym tp apakan daya, rakan sekerja aku lak memujuk (memaksa!) untuk teman dia lepak ngan memember poly beliau. Bayangkan sebijik VIVA di sumbatkan dengan 4 gadis di bahagian belakang dan aku serta rakan aku di hadapan. Dah la masing2 mulut memang 'ramah'. Mau x meriah nya di dalam kereta. Tp disebabkan aku malas nak peramah, jadik aku byk diamkan diri. Masing-masing nak cendol la, makan nasi la, jadi bergerak la kami ke The Store PD. Okey la jgk sebab aku boleh pergi ke Shell Sport Club.

Setelah selesai m'cekik, aku terus ke Shell Sport Club. Lepak-lepak sebentar bersama Ibuku, En Kasdi, Kak Wati and the other guys. Pastu pegi minum-minum lagi. Dah mau kembung perut aku. Tp sempat telan sate ayam 10 cucuk. Hahaha. In the end, malam nie xpayah makan lagi. DIET! DIET! DIET!

Setelah kekenyangan, aku dan ibu terus ke rumah atukku. Lepak lebih kurang 1/2 jam dan sempat usik-usik ibu aku. Merah padam muka nya. N then, cousin aku lak telefon. Beliau nak aku jadi pengapit beliau pada 07 june 2009. Umur lebih 2 tahun dari aku dan sudah nak kawin 06 june 2009. Aku katakan pada nya yang aku tetiba macam nak demam (alasan klise nak lepas diri). Bukan apa, aku da ada pengalaman yang agak buruk jgk semasa jadi pengapit. Sebab aku agak gemuruh ble berada di kawasan yang menjadi tumpuan orang lain. Bukan pengantin yang berpeluh, tp pengapit yang lebih banyak peluh. Memang agak segan jgk, tp nak wat camne. Memang jadi pengalaman tidak dilupakan dalam hidup.

Post ini di tulis bersama dendangan lagu dari Silverstein-Apologize (cover One Republic). Sehingga bertemu lagi.



Mari Bekerja

Pagi tadi terlewat bangun. Kunci jam pukul 0830 am tp tersedar pukul 0855 am. Apa lagi, berdesup aku bangun dan mandi. Tp di sebabkan aku tiada kunci office (aku punya kunci telah di serahkan kepada Manager Dow Classic yang sengal lagi kedekut), maka aku agak bersenang lenang jugak sementara menunggu TR aku sampai. Aku harapkan hari ini tiada masalah yang menyusahkan aku tapi apakan daya, TR aku sampai je, beliau terus beritahu yang PC beliau diserang virus. Aku pun buat-buat la sibuk2. Rupa-rupanya smalam beliau masuk office. On9 la sementara tunggu anaknya habis kelas tuisyen. Aku pun dengan automatik pun tersenyum sinis. Aku buat la apa yang aku mampu. Tapi sebenarnya aku x amik tau sangat. Pepandai la beliau handle dengan IT Department.

Sebab dulu PC aku pun pernah kena. TC aku yang bijak pandai (konon2) yang jadi penyebab. Bila aku hantar PC ke IT Department kat Bukit Jelutong, aku lak yang kena maki percuma. Siap kena amaran lisan agar tidak membuka laman-laman web yang tidak sepatutnya. Aku cuma iyakan aje. Malas nak bertekak ngan 'BOS-BOS' kat HQ. Berbalik pada pagi isnin ini, aku banyak menerima sms-sms dari rakan taulan yang masih mengingati tarikh lahir aku dan aku sangat-sangat menghargai ingatan dari mereka. Terutama dari gadis yang bernama AVIE. Akan aku berusaha mencapai target yang telah di tetapkan dahulu. Jadi, marilah kita kembali bekerja. Lalala. To Be Continue...

25 Mei 2009 - Bermulanya 'Diary Of Abdillah Suffian'

Salam.
Buat kali pertama nya aku dalam hidup ini menulis blog. Selama ini cuma rajin membaca blog orang lain (itupun jika perlu. hehe) x). Em, tapi takkan selamanya nak membaca blog orang lain kan? Memandangkan aku tiada pengalaman dalam menulis diari secara 'manual', maka hari-hari yang akan datang akan aku cuba untuk menulis diari hidup aku secara 'digital'. Memang sudah lama aku ingin mempunyai blog aku sendiri tp memandangkan 25.05 adalah tarikh aku lahir ke dunia ini, adalah lebih bermakna atau mempunyai 'sentimental value' jika aku mulakan blog pada tarikh tersebut. Hahaha. Agak geli jugak statment aku nie. tapi tidak mengapa, jika kita tidak memulakan sesuatu, pasti tidak akan ada sesuatu. Rite?

So, pada hari ini la bermulanya 'Diary Of Abdillah Suffian'. Mari kita menulis sehingga lebam!