Isnin, 25 Mei 2009

Half Day Of 25 May 2009

Waaa.


Kekenyangan menguasai diri (ataupun PERUT). Mana tidaknya, dari tgh hari sehingga seketika tadi, asyik makan, minum dan minum. Sampai bertambah ntah brape inci ukur lilit pinggang nie. Hahaha. Em, tgh hari tadi sempat jgk ponteng keje jap keluar potong rambut (BOTAK).

Petang lak budjet nak pergi gym tp apakan daya, rakan sekerja aku lak memujuk (memaksa!) untuk teman dia lepak ngan memember poly beliau. Bayangkan sebijik VIVA di sumbatkan dengan 4 gadis di bahagian belakang dan aku serta rakan aku di hadapan. Dah la masing2 mulut memang 'ramah'. Mau x meriah nya di dalam kereta. Tp disebabkan aku malas nak peramah, jadik aku byk diamkan diri. Masing-masing nak cendol la, makan nasi la, jadi bergerak la kami ke The Store PD. Okey la jgk sebab aku boleh pergi ke Shell Sport Club.

Setelah selesai m'cekik, aku terus ke Shell Sport Club. Lepak-lepak sebentar bersama Ibuku, En Kasdi, Kak Wati and the other guys. Pastu pegi minum-minum lagi. Dah mau kembung perut aku. Tp sempat telan sate ayam 10 cucuk. Hahaha. In the end, malam nie xpayah makan lagi. DIET! DIET! DIET!

Setelah kekenyangan, aku dan ibu terus ke rumah atukku. Lepak lebih kurang 1/2 jam dan sempat usik-usik ibu aku. Merah padam muka nya. N then, cousin aku lak telefon. Beliau nak aku jadi pengapit beliau pada 07 june 2009. Umur lebih 2 tahun dari aku dan sudah nak kawin 06 june 2009. Aku katakan pada nya yang aku tetiba macam nak demam (alasan klise nak lepas diri). Bukan apa, aku da ada pengalaman yang agak buruk jgk semasa jadi pengapit. Sebab aku agak gemuruh ble berada di kawasan yang menjadi tumpuan orang lain. Bukan pengantin yang berpeluh, tp pengapit yang lebih banyak peluh. Memang agak segan jgk, tp nak wat camne. Memang jadi pengalaman tidak dilupakan dalam hidup.

Post ini di tulis bersama dendangan lagu dari Silverstein-Apologize (cover One Republic). Sehingga bertemu lagi.



1 ulasan:

  1. "Nice post. Thank you for the info. Keep it up."

    BalasPadam