Rabu, 26 Mei 2010

.24 Years And 1 Day.

Hari ini 26.05.2010. Means aku da berusia 24 tahun dan 1 hari. Syukur ke hadrat ILLAHI kerna aku masih bernafas ketika ini. Syukur kerana aku di kelilingi dengan insan-insan yang aku sayangi dan m'yayangi aku. Syukur kerana NYA aku dikurniakan dengan Ibuku yang cantik dan baik. Bapaku yang kacak dan bergaya. Adikku yang cumel dan garang. Kekasihku yang ayu dan manja. Ketika ini aku terasa amat rendah diri kerana dikurniakan kebahagian ini. Semoga kegembiraan ini berpanjangan. Amin. ;p

Aku telah terbang bertemu dengan kekasih hatiku, Mardziah@Gia@Avie pada 18.05.2010 di Kota Kinabalu, Sabah. Tiket penerbangan 5104 aku pada pukul 1115 dan aku pulang dari kerja pada pukul 0800. Selepas pulang terus bersiap bergerak ke LCCT. Sampai dalam pukul 0930, bersarapan dan pada pukul 1020 sudah berada di dalam kapal terbang. That's was my 2nd time i fly after trip to Beijing. Hehehe. Setiba sampai kat sana, Gia dan family datang m'jemput aku dan telah m'bawa aku melawat ke bandar KK. Cuaca di sana ketika sampai hanya la hujan renyai-renyai dan itu m'yejuk kan sedikit sebanyak kegementaran aku bersama keluarga Gia. ;p Setelah sampai di rumah mereka, Gia telah menyiapkan makanan tengah hari utk kami. Pertama kali aku merasakan masakan dari air tangan Gia. Walaupun simple masakan dia, namun menepati selera aku. Lagipun aku bukan la jenis yang cerewet tentang makanan. Setelah kenyang, kami berehat seketika sebelum keluar bersama Gia.

Kami berjalan2 berdua di bandar KK setelah hampir 3 bulan kami tidak berjumpa. Kali ini kami benar-benar bagai dilamun cinta kerana terasa hanya kami berdua sahaja ketika itu. Selama 3 hari aku tinggal di rumah keluarga gia, selama itu lah dia memasak untuk aku, basuh baju aku. Terasa sangat gembira kerana ini la kali pertama ada nya seorang gadis yang cantik dan baik melayan aku seperti itu. ;p Selama 3 hari aku berada di sana, berbagai aktiviti kami lakukan bersama. Memang bahagia dan gembira. Da lama x bercinta sebegini since 2007. Hehehe.

Pada 21.05.2010 adalah waktu untuk aku pulang ke Port Dickson. Penerbangan 5101 aku pada pukul 0945, sebelum pulang, kekasih hatiku sgt2 sedih kerana masih x puas untuk bersama. Aku jgk begitu tapi apakan daya, masih ada tanggungjawab untuk aku di Port Dickson. Setelah gerak pulang pada 0945, aku sampai di LCCT pada pukul 1230 dan sampai di rumah pada pukul 1315. Setelah selesai makan tgh hari, aku terus bersiap utk meeting HSSE pada pukul 1400. Selepas meeting, aku kena masuk kerja pada pukul 1600 sehingga 2400. Memang sangat-sangat keletihan tp nak buat bagaimana. Itu adalah pilihan aku. ;p

Sehingga berjumpa lagi. Post ini di tulis bersama lagu The Electric Diorama - Our Love Will Dry Out On Christmas