Sabtu, 6 Ogos 2011

1st Ramadhan yang cubaan.

Masuk hari nie da 6 hari umat Islam berpuasa dan alhamdulillah, aku masih bertahan. Hahaha. Tapi bulan nie betul-betul banyak dugaan coz keje da makin berlambak. Dalam minggu nie je da 2x aku kena keje 16 jam. satu kena buat straight dan satu lagi ada gap 8 jam. Punya la letih dan 1 ramadhan aritue mmg dugaan perabes.

Mau x dugaan coz hari Isnin, 01.08.2011 hari pertama puasa dan aku keje malam means sahur kat opis. Pastu balik kul 0800. Sebab member aku cuti jadi aku kena la cover tempat dia dan shift dia adalah petang. Aku masuk balik kul 1600 dan berbuka kat opis. Dan menu berbuka aku hanya la Megi coz x sempat nak tapau dan sibuk ngan keje dimana Biodiesel (B5) baru implement. Agak kelam kabut jgk la. Nasib mak aku kirim makan kul 2000. Kalau x, mau kelaparan sampai balik kul 0000. Huhu.

Megi peneman setia


Regards.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kalah walaupun seri.

Smalam 28.07.2011, aku beli tiket utk tgk perlawanan kedua pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku gerak ngan memember dan adik aku dlm 4 orang (planning 7 org tp 2 da gerak awal dan sorang kena amik kat Shah Alam) dlm kul 1600 dari Port Dickson. Pastu sampai Shah Alam dlm kul 1700 dan terus ke stadium ikut Highway Kesas. Game start kul 2045 dan kami sampai dlm kul 1900 coz jalan jammed gle. Pastu nak mencari parking punya la susah. Alih-alih kami park kat dalam shopping complex kat seberang jalan ke stadium. Bayangkan punya jauh nak berjalan masuk stadium. Menapak wei. :)

Dari kanan : Adyleen, Amir Khairi, Amir Ahmadiah, Wani
Adik aku ngan wani pegi redeem tiket coz kami beli online, jadi aku, Amir Khairi ngan Amir Ahmadiah cari parking. Orang mmg ramai sangat kot. Bayangkan tiket 85,000 keping da sold out dan boleh nampak betapa ramai rakyat Malaysia pakai jersi Biru dan Kuning kat perkarangan stadium. Agak sesat gak la nak cari adik aku ngan wani kat Gate Merah. Berpusing-pusing kami bertiga. :)


Da jumpa dorang, kami siap-siap cari tempat duduk dlm stadium. Dapat la duduk bahagian bawah mengadap tiang gol kat padang. Cuma yang spoil adalah tiang penghadang antara tempat duduk. Jadi x nampak bahagian kanan padang. Tapi dalam stadium xpayah citer la. Penuh ngan umat manusia. Haha.

Position tempat duduk aku dan yang lain

Sebahagian dari 90,000 penyokong Malaysia
 
Kawan Baik
 Perlawanan pada awalnya mmg cambest tp ble da 2nd half, pemain Malaysia da hilang arah. Banyak bola lepas mudah dan Midfield mmg xde hasil langsung. Defense lak ble kena counter attack je ngan Singapura mmg kelam kabut. Nasib GK, Apek mmg tahap terbaik dan bukan GK perlawanan pertama. Kalau x, mau nye jadi cam perlawanan pertama sampai 5 gol bolos. 

Rakan & Adik
Keputusan nya seri 1-1 namun disebabkan kekalahan 3-5 di perlawanan pertama, agregat hanya la 4-6. So, masih tidak kesampaian hasrat penyokong nak tgk Malaysia di perlawanan seterusnya. :'(

Habis game dalam kul 2300 jadi kami blah awal skit coz xnak sangkut kat jammed. Masa balik tue adik aku nak cari jersi Malaysia yang warna biru. Cari punya cari (harga bleh tahan mahal dalam RM40), x jadi lak beli. Pastu pergi la ke kereta dan on da way kena lalu satu jambatan. Memang sesak gle. Jalan pun berhimpit dan setapak demi setapak. Haha.

Masa nak keluar dari shopping complex pun bleh sangkut dlm jammed. Dalam sejam jgk la stuck. Huhuhu. Pastu hantar Amir Khairi balik Shah Alam coz dia nak kena amik bos dia kat LCCT. Sampai dlm kul 0100 tapi sempat jgk la kami lepak dinner (supper sebenarnye) kat Seksyen 7. :)

Supper @ Seksyen 7

Da kenyang, kami berempat bertolak kembali ke Port Dickson. Gerak kul 0200 dan sampai dalam kul 0315 dan terus berdengkur coz aku kena keje kul 0800 pagi nanti. Punya la mengantok. Apepun mmg enjoy dpt lepak tgk bola ngan dorang. Cuma sian tunang aku x dpt join skali. :)

Regards.

Ahad, 24 Julai 2011

Harimau Muda kena baham ngan Singa.

Malaysia (3) - Singapura (5)
 Smalam (23.07.2011) perlawanan pertama pusingan kedua untuk kelayakan Piala Dunia 2014 antara Singapura & Malaysia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Resultnya agak m'dukacitakan peminat di tanah air dengan kekalahan 3-5. Walaupun x tgk secara live, dari report di Berita Harian, Kosmo, dpt disimpulkan banyak kesilapan yang di lakukan oleh pertahanan  Malaysia sehingga di bolosi 4 gol pada separuh masa pertama. Dan 1 gol di separuh masa kedua. Gol-gol  Malaysia di jaringkan oleh Safee Sali minit (1, 69) dan Abdul Hadi Yahaya (68) manakala gol Singapura pula oleh Aleksandar Duric (7, 80), Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi (45). Safiq Rahim dari Malaysia dan Ismail Yunos pula di layangkan kad merah pada minit ke-49 dan minit ke-53.

SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi. (Sumber dari Berita Harian)
 Dan jika  Malaysia nak layak ke pusingan seterusnya, kena la menang pada perlawanan timbal balas di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28.07.2011, Khamis pada pukul 2045. Aku MUNGKIN pergi dan MUNGKIN TIDAK coz aku keje shift malam. Da la Chelsea game aritue x pergi. Haha. :)

Kg Arab VS Kg Baru SiRusa
Petang tadi pulak kena paksa ngan Ibu aku pergi ke Padang Kilat utk support game bola untuk piala apa ntah antara Kg Arab VS Kg  Baru SiRusa. Semi-Final nye game. Jadi, pas keje td terus la pergi layan dan keputusan adalah Kg Arab layak ke Final jumaat next week dengan kemenangan penalti 5-4 setelah perlawanan seri 1-1 tamat masa 90 minit.

Anak sape ntah. Haha.
Ramai gak memember yg main cam Zamer, Tebu ngan Yazid dan tetiba je cam jeles coz tgk dorang still bersukan walaupun da lama abes skolah. Aku lak da macam laki orang ngan perut ke depan da. Hehe.

Orait, siap-siap nak mandi. Jap lagi kena temankan ibu pegi office. ;|

Regards.

.Adik Adyleen, Happy Born Day.

Dear my only sis,

Happy Born Day!

AD Part 1
AD Part 2
AD Part 3
 Sorry la coz xdpt lepak lama ngan kau malam tadi. Tapi oke la kan aku blanje UNIQLO ngan PIZZA HUT kat KLCC smalam kan? Haha. Btw, PIZZA HUT ada buat promotion sempena Ramadhan (August Promo) dengan pizza baru yang di beri nama Piza Seri Kasturi. Ada Massala Chicken, Sweet & Sour Sauce, Lamb Kebab dan Juicy Pineapple. Dan aku order untuk malam tadi ialah A'la Carte Cheesy Lava Crust Regular. Harga mmg bleh tahan la coz benda baru kan dan harga untuk regular RM29.00. Kat bawah adalah flyers untuk promotion tersebut dan gambar lain adalah menu sampingan utk aku sahaja. Di ulang, untuk AKU sahaja. Haha.

Piza Seri Kasturi Promo August

Actual Piza Seri Kasturi
Ice Lemon-T
Lasagna Part 1

Lasagna Part 2

Kenyang!

Regards.

Jumaat, 22 Julai 2011

Padan muka kau MAYBANK!

Haha.

Hari nie den da gaji pastu pegi la settlekan apa yang patut seperti bil-bil, nafkah kepada tunang dan pegi la potong rambut. Sampai je kat Maybank, aku nampak ramai manusia di depan pintu masuk Maybank. Jadi aku dengan rasa ingin tahu pegi la menonton apa yg berlaku. Tengok-tengok rupanya ada piket oleh pekerja-pekerja bank. Then aku dpt flyer dari dorang. Rupa-rupanya dari National Union Of Bank Employees (NUBE). Antara sebab musabab dorang adakan piket ada seperti keratan flyer di bawah.

Part 1

Part 2
Aku mmg x suka ngan Maybank nie coz interest untuk CC mmg tinggi. Jadi mmg pasnie aku xkan buat apa-apa kat Maybank. Servis pun cam nak xnak je. Satu-satu yang aku suka cuma la Maybank2u je. Yang lain cam hampeh. Haha. Bila baca flyer dorang nie dan lihat gaji CEO dorang yang sehari je da RM12,868.49, mmg cam gampang je kalau dibandingkan ngan gaji den yang cuma RM100 sehari.

Part 3

Part 4

Part 5
 Dan untuk video dorang nyanyi cam wat konsert je. Haha.



Kesimpulan, mmg PADAN MUKA KAU MAYBANK. Haha. ;)

Regards.

Chelsea menang tapi...

Yo!

Malam tadi Chelsea VS Pilihan Malaysia dan keputusan Chelsea menang dengan jaringan cuma 1-0 hasil sepakan percuma Didier Drogba pada minit ke-78. Aku cuma sempat tengok 2nd half coz tertido sementara nak menunggu. Bajet nak lelap kejap tp tau-tau da pukul 2130. Itupun sebab ibu aku kejutkan. Haha.

Pilihan Malaysia (0) - Chelsea (1)
 Aku nie xde la fanatik bola sgt cam memember aku yang lain dan aku rasa keputusan aku x beli tiket kelmarin adalah tepat coz corak permainan yang ditunjukan oleh player Chelsea xde la segempak cam mana dorang main kat EPL. Lagipun cuma show game je, xkan la dorang nak berhempas sungguh-sungguh. Tp for sure ramai fans The Blues cam bengang je ngan game dorang td. Cam x berbaloi beli tiket mahal-mahal.

Torres
Player Pilihan Malaysia pun not bad jgk dari segi pertahanan sebab x dibolosi gol selama 75 minit perlawanan, tapi sayang dari segi serangan, memang tumpul. Lebih-lebih lagi midfielder Pilihan Malaysia x berkesan langsung. Dengan cross yang x cantik, x sampai dan xde strategi cuma di akhir-akhir perlawanan da agak menarik dengan 2,3 serangan tepat ke pintu gol Chelsea. Apapun, perlawanan malam tadi agak TERBAEK dari Pilihan Malaysia dan yang biasa-biasa dari Chelsea. :)

Orait, pas tgk bola layan jap NCIS - Los Angeles Season 2 kat AXN HD. Cambest gak episod malam nie. Waktu untuk tido. Nyte.

Regards.

Khamis, 21 Julai 2011

Meet Izzati, Iman & Tulip the Sugar Glider.

Salam.

Hari nie pas keje aku lepak jap kat umah atuk coz da dekat 2 minggu aku xdtg coz shift. Bila aku keje petang, aku balik kul 12 malam. Ble aku keje malam, aku balik 8 pagi dan umah atuk still x buka pintu lg. Jadi aku malas la nak kacau. (Padahal da ngantuk pas keje malam) ;) 

Izzati
Iman
Kebetulan cucu-cucu atuk pun ada, Izzati ngan Iman. Aku sampai je si Izzati da lari cari atuk coz dia nie cam anti skit ngan aku. Dan aku mmg suka sakat dia dengan peluk atuk la, tarik atuk la, jadi dia rasa cam aku nie nak rampas atuk dari dia. Haha. Dan mmg best je buli dia. Si akak lak, Iman deman campak. Jadi dia cam moody gak. Skit-skit pukul aku. Pastu peluk-peluk ngan adik dia. Manja la konon-konon tue. Haha.

<3Adik jaga kakak <3
Tengah lepak-lepak, makcik aku pun balik dan dia tunjuk aku Sugar Glider yang dia baru beli. Aku pun cambest je dpt pegang je menatang yang kecik cam anak kucing baru lahir. Hehe. Tapi yang xbest nye, ble dia panjat bahu aku, boleh lak dia kencing. Kurang asam betul. Nasib xde bau. Haha. Kalau adik aku ada tadi, mmg dia suh aku beli seekor untuk dia. :)

Pose

Port best untuk tido. ;)
Dalam sejam gak la lepak sana. Nie pun baru je sampai umah. Nak rehat-rehat sebentar.


Regards.

Baskin Robbin 'Wed = Pink Day, Show Me Pink'

Waaa..

Hari yang agak frust coz x dpt tiket ke Chelsea VS Pilihan Malaysia malam esok. Tiket yg standard (RM58 & RM68) semua da sold out. Yang tinggal cuma RM108, RM288 dan RM338. Dan xkan aku nak abes ratusan RM semata-mata untuk tiket kot. Haha. Xpe la, da xde rezeki kot. Lagipun aku bukan die hard fan pun. Cuma kekadang cam nak tgk gak player yang gempak cam Frank Lampard, Drogba & Torres depan mata. :)

Wed = Pink Day!



Btw, tadi sempat singgah Mid Valley dan kebetulan aku terpakai baju yang ada kaler pink n Baskin Robbin pun ada wat promotion pada hari rabu untuk sape-sape yg ada pakai barang-barang harian cam T-Shirt, casing HP, beg, wallet, topi, sock, spec @ riben yang ada kaler PINK akan dpt Ice-Cream Double Jr. Scoop ngan harga RM7.50, Brownie ala Mode or Banana Royale pada harga RM12.00 sahaja. Jadi tadi aku rembat Ice-Cream Double Jr. Scoop Chocolate Chip & Jamoca® Almond Fudge. Memang TERBAEK!!! beb. Rasa nak tapau je lg satu. Haha.


Chocolate Chip & Jamoca® Almond Fudge + Cream
T-Shirt ada kaler PINK skit-skit.

Orait, tido dahulu. Besok den kena keje pagi plak.

Nyte & Regards.

Rabu, 20 Julai 2011

Sarapan sebelum terlelap.

Hehe. Sarapan sebelum tido is the best thing ever. Lebih-lebih lagi ble da letih perabes dan mata pun da layu. Jadi sebelum pulang tadi, singgah sebentar di pasar untuk menapau nasi lemak TERBAEK!!! kat PD bagi aku.



Sampai je rumah terus sarapan sambil melayan 'How I Met Your Mother' Season 1 lak. Heaven je. Haha.

Pulang

Yeay!

Finally, lagi 1 jam untuk pulang. Balik nie, beli sarapan dulu pastu baru tarik bantal ngan selimut. Mesti sangat BEST!!!. Hehe. Kepada yang bekerja di pagi Rabu, selamat bekerja. :)

Tapi mungkin tengah hari nie kena pegi KL kot coz member aku nak cari tiket bola antara Pilihan Malaysia VS Chelsea di Bukit Jalil hari khamis nie dan kalau x silap game start kul 2045. Cari tiket murah-murah je, dalam RM58 tapi duduk kat port paling atas skali. Kena bawak teropong baru nampak player Chelsea. Haha. Minggu lepas ada game antara Harimau Muda dengan Arsenal (0-4) & Liverpool (3-6). Memang cam rugi je x pegi tgk coz bukan slalu dorang datang sini tapi apakan daya, RM xde dan tgh keje shift petang ketika itu. Jadi tgk ulangan je la kat ASTROK je la. :(

Arsenal


Chelsea

Liverpool
Orait, nak siap-siap berkemas apa yang patut. Bye.

Regards.

.7 hours to go.

Pergh.

9 jam da berlalu dan cuma tinggal 7 jam je lagi utk aku abes keje. Hari nie mmg org kata xde hasil nye keje. Smalam boleh plak 14 biji truck masuk shunting masa aku keje petang. Tetapi cuma 6 biji je untuk hari nie. Jadi da masuk shift malam nie, memang xde peluang la untuk aku tido sejam dua. Emm, xpe la. Da nasib badan. Haha.

PTW

Invois & Pro-Forma & Seals


Sementara tunggu truck habes loading, aku layan kan la lagu-lagu kat hp. Nie tengah layan Paramore - 'Misguided Ghost'.



Paramore

Misguided Ghosts Lyrics

1, 2, 3, 4
I am going away for a while
I'll be back don't try and follow me
I'll return as soon as possible
See I'm tryin' to find my place
It might not be here where I feel safe
We all learn to make mistakes,

And run from them
From them
With no direction
We'll run from them
From them
With no conviction
I'm just one of those ghosts
Traveling endlessly
Don't need no roads
In fact they follow me
And we just go in circles

Now I'm told that this is life
Pain is just a simple compromise
So we can we get what we want out of it
Someone care to classify
Broken hearts and twisted minds
So i can find, someone to rely on,

And run to them
to them
Full speed ahead
Oh you are not
Useless
We are just

Misguided ghosts
Traveling endlessly
The ones we trusted the most
Pushed us far away
And there's no one road
We should not be the same
I'm just a ghost
And still they echo me
They echo me in circles

Layan jugak memalam camnie. Da la keje sorang-sorang. Nasib ada memember TKSB. Ada la teman borak-borak. Kalau x, mmg mau mati kutu wei. :)

Regards.

Selasa, 19 Julai 2011

.16 Long Hours.

Dush! Dush!

Hari nie kena keje 16 jam straight dari 1600 sampai la 0800 besok pagi. Means aku keje 2 shift. Xpe la, rezeki untuk OT jgn di tolak. Lagipun keje petang dan malam xde la panas sgt. Haha.

Pagi tadi terbangun awal lak dlm kul 0945. Sejak akhir-akhir nie slalu sgt bgn awal. Selalunya kul 1200 dan ke atas baru buka mata. Training untuk bulan puasa kot. Nanti da puasa x de la bgn lewat sgt. Kang kurang pahala puasa den. Bangun je bapak aku ajak pegi sarapan kat SUKAND FOOD. Tp dia gerak dulu la ngan ibu aku coz aku baru nak mandi. Pastu da bersiap, pegi isi minyak motor dulu coz jarum da sampai E. Kang terkangkang aku kena tolak motor. Da banyak kali aku kena bebel ngan ibu coz suka sgt isi minyak ble betul-betul da kering. Nak wat camne, da habit camtue. haha. :)

Sampai SUKAND FOOD je da ada Mee Sup ngan Roti Steam Butter Kaya utk aku. Hehe. Sekejap je settle coz malam td x dinner langsung. Balik rumah je ingat ada roti tp cuma tinggal 3 keping je. Yang lain ibu ngan bapak aku da rembat dulu. Da settle tp sempat lagi order 2 hotdog. Haha. Selesai je sarapan, aku pulang dulu sementara bapak ngan ibu aku ada keje masing-masing. Sampai je rumah, terus on9 Facebook dan layan citer 'How I Meet Your Mother' season 5. Memang marathon la jgk coz 24 episode aku sempat layan dari kul 1100 sampai 1500. TERBAEK!!!

Ted Mosby, Marshall Eriksen, Lily Aldrin, Barney Stinson, Robin Scherbatsky

Kul 1600 masuk keje dan aku sempat tapau nasi campur kat Mak Mah Corner sebab tetiba lapar x lunch. Hehe. Masuk-masuk je opis, aku tgk ada Bos baru aku, Cik Wana (coz masih single) yang berasal dari Sabah. Sebelum nie sebagai Terminal Manager (TM) kat Tawau dan menurut ibu aku, Cik Wana nie sekampung ngan tunang aku kat Putatan, Sabah. Umur beliau masih muda lagi, dalam lingkungan 30-an rasanya. Itu yang aku dengar-dengar la dari officemate aku. Lagipun xkan la aku sibuk-sibuk nak tanya umur dia kan? kang x pasal-pasal potong gaji. Lalala. Dorang ada meeting ngan Engineer SRC ngan kontraktor TD tentang projek Biodiesel (B5) yang konon-konon nak lauching 01 August 2011 tp tgk cam x sempat je. Hehe.

Pump Panel

Loading Instruction

Orait, sambung keje kembali. Curi tulang lama sangat pun penat gak. Hehe.

Regards.

Malam yang indah


Scheduler Admin

Dush!


Baru sampai umah. Agak keletihan jgk bekerja pada hari ini. Xsangka bleh banyak lak truck shunting utk besok. Jadi shift malam nie bleh ar rilek-rilek je keje. :)


Seharian sibuk sampai lupa nak tapau dinner dan skang cam da kelaparan. Tadi ingat nak singgah 7E tp teringat lak kat umah ada roti Gardenia. Lagipun dlm dompet tinggal RM10 je. Dan kena la bertahan sampai gaji. Hope gaji da kuar la khamis nie. Bleh tengok game Chealsea VS Malaysia. Haha. 


Orait, xbleh tido lewat sangat malam nie. Besok da kena bekerja straight 16 jam!. Adoidoi. Xpe la, rezeki kan? Jangan di tolak. Da dekat-dekat nak raya nie. Haha. 


Nyte & mimpi yang indah.

Regards.








Test

Test123

Hehe, since aku terbaca post tentang tutorial nak update blog using her BB (in my case, using Android Phone) kat blog Mala, Diari Warna Pink, aku pun try la jgk dan menjadi. Tapi disebabkan aku mengunakan WIFI untuk on9, jadi x de lak kuar Sent by Maxis from my Android. Haha.

Test blogging with this stuff. ;)

So, credit to her blog for this usefull tutorial. :)

Isnin, 18 Julai 2011

Bandung

Tajuk je cam aku yg pegi bandung je, padahal parents aku yg pergi dan aku kena tinggal coz kena kerja dan rombongan yg parents aku amik hanya la melibatkan staff SHELL dan suami atau isteri je yang bleh pegi. Cuma perlu bayar RM800 untuk tambang dan hotel selama 4 hari 3 malam. Dan selebihnya SHELL akan tanggung.

Aku da kirim macam-macam kat mereka tp xtau la dorang ingat ke x. Haha. Tapi xpe, aku da rancang, end of this year, mesti pegi holiday. Xkisah la ke mana sahaja. Janji dpt bercuti. :)

Regards.

Monday Mornin'

Salam,

Da 3 bulan x update apa-apa. Biasa la. xde mood konon-konon. Padahal terlupa. Haha. Since Mala bagi link utk blog dia, Diari Warna Pink, baru aku teringat kat blog aku. Kesian.

Hari nie pepagi da dpt call dari Kak Miza dari Bank Islam Shah Alam tentang loan kete. Macam-macam la pulak nak minta. Aritu minta Offer Letter arinie lak minta Gurentoo la bagai. Cam leceh la plak coz aritue kata kalau pakai Skim Siswazah senang je approve. Emm, aku just cakap la kat Kak Miza, if HQ nak pakai gurantoo sgt, xpayah la approve. Xde kete lagi senang. Leceh je.

Btw, dalam 3 bulan aku senyap nie, aku da rembat Sony Ericsson Xperia Arc! Sangat best dan kewl. Cuma yang kurang ada lah aksesori je. Agak payah nak cari. X macam IPhone 4. Macam-macam ada. Jeles-jeles. :)



Orait, aku beransur dahulu. Nak makan jap.

Regards,