Jumaat, 22 Julai 2011

Chelsea menang tapi...

Yo!

Malam tadi Chelsea VS Pilihan Malaysia dan keputusan Chelsea menang dengan jaringan cuma 1-0 hasil sepakan percuma Didier Drogba pada minit ke-78. Aku cuma sempat tengok 2nd half coz tertido sementara nak menunggu. Bajet nak lelap kejap tp tau-tau da pukul 2130. Itupun sebab ibu aku kejutkan. Haha.

Pilihan Malaysia (0) - Chelsea (1)
 Aku nie xde la fanatik bola sgt cam memember aku yang lain dan aku rasa keputusan aku x beli tiket kelmarin adalah tepat coz corak permainan yang ditunjukan oleh player Chelsea xde la segempak cam mana dorang main kat EPL. Lagipun cuma show game je, xkan la dorang nak berhempas sungguh-sungguh. Tp for sure ramai fans The Blues cam bengang je ngan game dorang td. Cam x berbaloi beli tiket mahal-mahal.

Torres
Player Pilihan Malaysia pun not bad jgk dari segi pertahanan sebab x dibolosi gol selama 75 minit perlawanan, tapi sayang dari segi serangan, memang tumpul. Lebih-lebih lagi midfielder Pilihan Malaysia x berkesan langsung. Dengan cross yang x cantik, x sampai dan xde strategi cuma di akhir-akhir perlawanan da agak menarik dengan 2,3 serangan tepat ke pintu gol Chelsea. Apapun, perlawanan malam tadi agak TERBAEK dari Pilihan Malaysia dan yang biasa-biasa dari Chelsea. :)

Orait, pas tgk bola layan jap NCIS - Los Angeles Season 2 kat AXN HD. Cambest gak episod malam nie. Waktu untuk tido. Nyte.

Regards.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan