Jumaat, 31 Disember 2010

Last day for 2010..

Salam.

Hari nie hari terakhir dlm 2010.
Diam tak diam da 365 hari berlalu pergi dari kita semua.
Berbagai-bagai peristiwa yg telah berlaku.
Ada antara kte bersedih setelah kehilangan org yg kte kasihi. Ada yg berbahagia kerana menerima orang baru.
Dan begitu la roda kehidupan manusia.
Yang hidup pasti akan mati.
Aku juga telah kehilangan org yg aku kasihi iaitu Tok Wan aku yg pergi menemui ILAHI pada MAC lepas.
Al-Fatihah utk arwah.

Tahun ini jgk aku telah menerima satu berita yang mengejutkan iaitu pada 20hb Disember lepas, bapa aku telah di masukkan di ICU HKL kerana serangan jantung.
Tp aku bersyukur kepada NYA kerana bapa aku masih dipanjangkan umurnya.
Alhamdulillah dia semakin pulih cuma selepas ini beliau kena la jaga permakanan dan kesihatan diri sendiri serta harus berhenti merokok jika sayangkan nyawa dia sendiri.

Itu adalah antara cebis-cebis pengalaman dan peristiwa yang aku lalui sepanjang 2010.
Dan pasti korang jgk ada cerita tersendiri.

Okey lah, da nak masuk keje. Bye dan salam 2011. ;)

Khamis, 30 Disember 2010

Next Year in 48 hours..

Waa, da 6 bulan x update apa2.
Xpe2, tunggu sahaja January 2011.
Akan aku cuba update kan this blog even once per week. ;)
Btw, smalam Malaysia da menang AFF Suzuki Cup.
Congrat Harimau Malaya! :)

Bye2 2010 and welcome 2011.
Salam. ;)