Rabu, 27 Mei 2009

Early Morning 27 May 2009


Selamat siang. Hari ini ternyata sangat membosankan untuk bekerja. Sejak pagi tadi, memang tiada mood untuk melakukan sebarang bentuk pekerjaan. Hanya duduk dan tido. Hahaha. Masuk keje pagi-pagi da layan HEROES Season 3 Episode 1 kat laptop En Habib. Kemudian terus bergerak untuk menikmati juadah sarapan pagi di gerai mamak di SeaView. Setelah kenyang makan roti telur bawang dan teh ais bersama En Habib, En Azmer dan En Shaher, kami bertiga (En Shaher tidak dapat mengikuti kami kerana beliau perlu kembali ke terminal) terus menuju ke Pekan Port Dickson untuk xtiviti membeli barang-barang ilmiah iaitu surat khabar dan majalah yang sepatutnya. Selepas itu kami sempat jugak untuk membeli makanan tambahan iaitu jambu batu dan air jambu.

Kembalinya kami di pejabat, xtiviti seterusnya adalah melayan E-Mail dan membaca kembali surat khabar dan majalah. Kemudian pihak atasan di Tech Centre, Bukit Jelutong telah menghubungi aku dan meminta aku mencari satu dua perkara yang mereka hendaki. Setelah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, Cik Murni telah menghubungi aku dan mengesahkan surat perletakan jawatan aku telah di terima oleh pihak Human Resource TKSB dan telah menghantar surat balasan yang menyatakan bahawa gaji aku akan dibayar sehingga 31 May 2009. Sudahnya aku melakukan xtiviti seterusnya iaitu tido berkumpulan. Hahahaha. Masing-masing da tiada semangat untuk bekerja. Mana tidaknya, claim untuk bulan-bulan lepas masih di tahan. Kemudian di suruhnya membuat penjelasan mengapakah harus claim untuk perkara-perkara tersebut.

Kesimpulannya, semangat untuk melakukan pekerjaan yang dahulu nya sangat-sangat menyoronokkan telah mengalami proses yang membosankan. Masing-masing telah hilang semangat di atas 'campur tangan' pihak-pihak luar yang nyata sekali tidak memahami perjalanan OPERATION yang dilalui oleh kami semua. Masing-masing ingin menunjukan bahawa mereka la yang paling bijak bagaimana untuk mengendali OPERATION sesebuah company dan secara automatiknya telah menyusahkan kami semua.

Akan aku sambung selepas selesai mesyuarat mingguan. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan