Rabu, 27 Mei 2009

Night Of Messi (Mesti Menang!)



Pukul 0300 am akan berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Olimpik, Rome di antara Barcelona VS Manchester United. Dan pasukan yang harus di sokong adalah Barcelona jika ditanya kepada aku. Hehehe. Aku dan En Amirudin Ahmadiah telah bertaruh dengan En Amirudin Khairi yang ternyata menyokong Manchester United. Jika pihak kami tewas (JIKA), maka aku dan amir akan belanja beliau makan-makan serta wayang. Dan jika sebaliknya berlaku (HAMPIR PASTI), maka beliau di beri pilihan untuk belanja kami makan-makan @ wayang. Dan aku pasti Messi akan merobek gawang yang di jaga oleh Van Der Sar habis-habisan. Untuk perlawanan hari esok (khamis), aku telah m'jemput En Amirudin Ahmadiah dan bos aku, En Habib untuk menonton di rumah aku. Itupun jika masing-masing terjaga pada pagi nanti. Hehehe.


Selepas aku pulang kerja pada pukul 0500 pm tadi, aku terus gerak ke Shell Club bersama En Amirudin untuk ke gym dan setelah selesai, kami sempat jgk bermain pool di sana. Seperti yang selalunya, aku tewas kepada kehandalan En Amirudin. Memang tangan x handal untuk main snuker @ pool. Hehehe. Kemudian kami gerak ke PD Beach untuk membeli makanan tambahan untuk menyaksikan perlawanan pada pagi nanti. Sempat jugak kami bermain mata pada pekerja di PD Beach yang cumel lagi gebu. Hahaha. Nasib je aku kurang kacak. Jika tidak, naya la pekerja tersebut.
Cukup untuk waktu kini dan seperti biasa, blog ini pasti ditemani mp3 @ vids dan mp3 yang sedang di udara adalah dari A Static Lullaby - Toxic (Cover)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan