Khamis, 28 Mei 2009

Barcelona...KING OF EUROPE!!!



UEFA Champions League
Waa. Keputusan akhir, BAR 2 MAN U 0!!! Memang tidak menyesal untuk aku berjaga sehingga kini semata-mata untuk menyaksikan pertembungan yang menyaksikan persembahan memukau dari wira-wira dari Catalan, Messi dan Eto'o. Eto'o yang menyumbat gol pertama melalui gerakan menarik dan penyudah yang menemui jaring di Stadium Olimpik, Rome. Gol kedua pulak bagaikan dipukau oleh kehebatan Messi yang menanduk cantik hantaran silang dari Xavi untuk mengesahkan kemenangan bergaya Barca ke atas Man U. Aksi beliau 'terbang' untuk menanduk bola menewaskan Van Der Sar yang hanya mampu melihat bola melintasi nya. Dan Barca akhirnya di tabalkan sebagai KING OF EUROPE untuk 2009!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan