Isnin, 25 Mei 2009

Mari Bekerja

Pagi tadi terlewat bangun. Kunci jam pukul 0830 am tp tersedar pukul 0855 am. Apa lagi, berdesup aku bangun dan mandi. Tp di sebabkan aku tiada kunci office (aku punya kunci telah di serahkan kepada Manager Dow Classic yang sengal lagi kedekut), maka aku agak bersenang lenang jugak sementara menunggu TR aku sampai. Aku harapkan hari ini tiada masalah yang menyusahkan aku tapi apakan daya, TR aku sampai je, beliau terus beritahu yang PC beliau diserang virus. Aku pun buat-buat la sibuk2. Rupa-rupanya smalam beliau masuk office. On9 la sementara tunggu anaknya habis kelas tuisyen. Aku pun dengan automatik pun tersenyum sinis. Aku buat la apa yang aku mampu. Tapi sebenarnya aku x amik tau sangat. Pepandai la beliau handle dengan IT Department.

Sebab dulu PC aku pun pernah kena. TC aku yang bijak pandai (konon2) yang jadi penyebab. Bila aku hantar PC ke IT Department kat Bukit Jelutong, aku lak yang kena maki percuma. Siap kena amaran lisan agar tidak membuka laman-laman web yang tidak sepatutnya. Aku cuma iyakan aje. Malas nak bertekak ngan 'BOS-BOS' kat HQ. Berbalik pada pagi isnin ini, aku banyak menerima sms-sms dari rakan taulan yang masih mengingati tarikh lahir aku dan aku sangat-sangat menghargai ingatan dari mereka. Terutama dari gadis yang bernama AVIE. Akan aku berusaha mencapai target yang telah di tetapkan dahulu. Jadi, marilah kita kembali bekerja. Lalala. To Be Continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan