Sabtu, 20 Jun 2009

Today is Saturday


Salam.


Agak lama jgk aku x update blog nie. Hampir 3 minggu agaknya. Al-maklum lah, menetap di tempat orang. Rumah xde internet jadik kena duduk diam2. Hehehe. So far within 3 weeks aku di Klang, so far so good la. Cuma kena kerja lebih keras lagi untuk mendapatkan sales. Baru aku tau camne jadi budak Marketing nie. Muka kena tebal, ayat kena masin. Hahaha. So far, aku baru je dapat 3 appointment ngan customer. Semuanya perempuan! Seorang kat uptown Shah Alam dan 2 lagi di Putrajaya. Aku gerak ngan BOS aku, En Amirudin dan rakan sejawatan aku, En Am. Sepatutnya ada lagi 2 appointment malam semalam tp last minute cust cancel. Adat la tue kan.


Aku menetap di Seksyen 7 Jalan Kristal (kot) berhampiran ngan tasik. Oke la jgk di sini. Cuma agak panas. Em, Malam tadi Bonda aku ada memaklumkan yg aku dapat tawaran temuduga KASTAM pada 1 july 2009 di Seremban. Mayb isnin nie aku kena ajak BOS ngan En Am turun KL. Nak kena gie kolej CICT kat Cheras dan settlekan hutang-hutang lapuk aku agar dapat DIPLOMA aku. Dah la Sijil SPM x amik lagi. Mampus kena turun naik pejabat. Padan muka aku, sape suh malas nak ambil pas abes skool.


Em, within 3 weeks ini jgk la 2 ex GF aku kawen. Seorang di Sabah dan seorang lagi di NS. Yang gadis Sabah aku kenal semasa zaman kolej dan yg NS lak aku kenal semasa PLKN. Dua2 adalah gadis yang cumel dan jodoh mereka telah tiba. Walaupun agak sedih (tak dapat pegi) tp still aku doakan yang terbaek buat mereka. Aku harap kebahagiaan aku akan tiba bersama Mrs Abdillah, Cik Mardziah.


K la, cukup ketika ini. Aku nak tido jap. Agak mengantok. Bye


Oh ye, post ini di tulis bersama lagu dari Green Day - Know Your Enemy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan