Isnin, 14 Mac 2011

Badminton All-England Final 2011 : Congrat Dato Lee Chong Wei And Sorry To The Doubles.

KOO Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong membalas hantaran beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada perlawanan akhir All England di Birmingham, semalam. – AFP (Sumber dari Utusan Malaysia Online)
Malam td sebelum pegi keje sempat la melayan badminton All-England final acara beregu (double) antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (Malaysia) dan Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark). Mula-mula aku rasa cam bleh menang je coz bkn beregu dari China, jadi peluang tue mmg ada. 1st set mmg menang mudah dengan 21-15, manakala set 2nd set lak bleh kalah 21-18.

Jadi kena la main set penentuan, dan 3rd set nie betul-betul buat bukan setakat aku je naik hangin, tp peminat badminton Malaysia jgk. Mane x nye, da baik punya leading 16-11, bleh plak hilang fokus dan kalah dengan mata 21-18. Da la last year kalah, dan peluang yang ada untuk this year tercicir lagi. Jadi, kena la tunggu lagi tahun depan. dan bak tajuk di Utusan Malaysia Online - Penamat yang amat melukakan.

CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.(Sumber dari Berita Harian Online)

Dan final single lak start kul 1 pagi waktu tempatan. Di sebabkan aku bekerja malam dan xde tv nak tgk, tau-tau Dato Lee Chong Wei (Malaysia) berjaya mengalahkan Lin Dan (China) dengan straight set 21-17, 21-17. Aku pun xsangka jgk kerana Dato Lee Chong Wei kerap kali tewas dengan Lin Dan terutama di kejohanan-kejohanan utama dunia.

Lagipun Lin Dan nie jenis yang memilihan kejohanan. Kalau setakat Terbuka Malaysia dan yang sewaktu dengan nya, mmg Lin Dan x join atau menarik diri. Tapi kalau kejohanan besar-besar cam Piala Thomas atau Kejohanan Dunia, kte boleh tgk perbezaan camne Lin Dan main.

Apapun, congratulation for our badminton hero for defending the championship 2 years in the row, Dato Lee Chong Wei. MALAYSIA BOLEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan