Jumaat, 11 Mac 2011

Part 11 - The Family Arrived. (25.02.2011)

Bangun-bangun je rasa malas nak mandi coz kat sana pepagi sgt sejuk. Jd mmg terasa kemalasan. Haha. Pas kena paksa mandi, kami pun bersarapan pagi dan sambil tunggu nak gerak ke KKIA 2 untuk m'jemput 1st trip yang sampai ke Kota Kinabalu (KK), kami lepak-lepak sambil mengemas apa yang patut.

Rombongan Puan Khatijah dan family yang seramai 10 orang ke KK terbahagi kepada 3 trip dengan Air Asia, iaitu Flight AK5104 (1110 - 1340), AK5106 (1250 - 1520) dan AK5112 (1845 - 2115). Total tiket untuk semua dalam RM1,8++ kalau xsilap. Agak murah coz aku booking since November 2010.

1st trip yang sampai adalah Ibu tersayang dengan Maklang. Aku, Gia ngan Fara terus pick up mereka kat KKIA 2 dan terus check in hotel. Kami rehat kat sana sementara tunggu 2nd trip sampai. Gia ngan Fara tinggal bersama ibu ngan mak lang coz ada 4 orang untuk 2nd trip yang terdiri dari Uncle Kasdi, Abah, Mak ngan Atuk. Jadi disebabkan hanya bawak kete iswara, dorang berdua kena la tinggal kejap. Pas 2nd trip da settle bawak ke hotel, aku dgn Gia dan Fara terus ke pasar untuk beli lauk dinner di rumah Gia.

Selesai je kat pasar, kami pulang ke rumah Gia untuk hantar mereka berdua manakala aku balik semula ke hotel. Pas mandi dan rehat, dalam kul 9mlm kot, bapa pakcik Gia datang untuk bawak family aku ke rumah mereka untuk dinner sementara aku ke KKIA 2 untuk m'jemput 3rd trip iaitu Adik, Angah dan Kak De. Pas da amik dorang, aku ingat nak balik ke hotel untuk bagi adik ngan kazen-kazen aku mandi dulu. Alih-alih dorang malas nak balik dan kami terus ke rumah Gia. Sampai-sampai je kat umah dia, baru aku perasan yang aku pakai seluar jeans yang paras lutut je. Adoi, punya la segan aku kat umah dorang. Haha.

Da selesai dinner ngan perbincangan sedikit antara 2 family, kami pulang semula ke hotel. Malam tue lak, geng-geng bujang yang terdiri dari aku, adik, angah, kak de ngan atuk pergi la jalan-jalan kat sekitar KK. Pusing-pusing sampai ke UMS dan 1Borneo pastu patah balik ke KK. Dalam perjalanan pulang, bleh pulak tayar bocor. Nasib xbanyak kereta dan sempat ke bahu jalan. Masa tukar tayar tue, sempat lagi adik ngan kak de jadi photographer tanpa gaji. Dan antara adegan-adegan tukar tayar seperti di bawah. :)

Atuk bersama Kak De. ;)

Mekanik upahan. ;)



Pose untuk majalah maskulin konon-konon. Kuikui


Gebu nye perut. Haha

ketat!
Penyebab utama.


Setelah selesai menukar tayar, kami ke restoran mamak yang berhampiran kerana kami KELAPARAN! Haha. C'mon pyan, baru tukar tayar sebijik je kot. Dan begini la aksi-aksi yang sempat dirakam kan ketika di restoran tersebut. ;)

Nyummy!

Megi goreng panas!

Keasyikan. ;)

Masing-masing mata da layu. ;)
.Angah.

.Adik n Kak De.

.Atuk.

To Be Continued..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan