Jumaat, 11 Mac 2011

Part 1 - The Beginning (24.02.2011)

Hari dimana aku bergerak ke Kota Kinabalu bersama kawan baik Gia iaitu cik Farawahida. Kami berdua menaiki penerbangan MAS (MH 2612) yang bertolak dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) pada pukul 0920 dan kami sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) lebih kurang pukul 1150.

Bukti pembelian. Haha

Sarapan pagi yang di sediakan oleh MAS. (Sambal sotong nye mmg mantap) ;)

Kemudian kami di jemput oleh Gia bersama bapanya dan menuju ke rumah mereka. Setelah berehat dan lunch di rumah mereka (semestinya Gia yang masak), kami bertiga keluar ke bandar KK untuk membeli persiapan untuk majlis pada hari sabtu (26.02.11) nanti. Majlis apakah? kena la tunggu. ;)

Banyak jgk la barang yang dibeli oleh Gia untuk majlis tersebut. Nasib hari tue da gaji. Kalau x, mau merajuk buah hati ku nie. Haha. Selepas letih ber'shopping' (aku yang penat, Gia ngan Fara x penat pun), Gia bawak kami ke food court n Fara try bakso. Yang kelakar nye, ntah apa sambal yang Fara letak dalam bakso sampai kepedasan. Haha. ;)

Fara ketika sedang layan kepedasan bakso. Haha

Setelah kekenyangan, kami teruskan perjalanan untuk mencari hotel penginapan untuk family ngan sedara-mara aku yang akan sampai keesokan harinya, 25.02.2011 iaitu hari jumaat. Kami berpusing-pusing sekitar ibu kota KK dan banyak jgk la hotel yang cambest tp harga nye lak yang x best. Haha. Dan dalam pencarian tersebut, aku terjumpa hotel-hotel bajet yang nama nya mmg agak kelakar dan pelik. Antaranya seperti pix di bawah. (ble aku tgk je aku da tersenyum simpul) ;)

Nasib x de 'N' kat SEGAMA. Hehe

Hotel ber'kasih dan sayang? ;)

Setelah hampir 2 jam mencari, akhirnya aku booking 3 buah bilik (Family Room) di Ruby Hotel. Harga yang di tawarkan agak murah kerana aku dpt harga untuk 3 buah bilik tersebut adalah RM600 untuk 2 hari. Means, sebilik dorang caj RM200. Bilik mmg agak besar kerana ada 1 King Bed + 2 Single Bed. Jadi mmg berbaloi coz bilik besar dan x sesak. (Sayang x sempat nak tankap pix bilik) ;(

Kazen aku hensem kan? Haha

Pas da settle kan hotel, aku, Gia n Fara ke satu tempat cam pasar malam kalau kat semenanjung. Kat situ banyak la jual barang-barang perhiasan cam gelang mutiara, perfume, baju, dan sebagainya. Masa kat situ je sampai 2 jam. Letih lutut kot. Follow dorang shopping. Mentang-mentang la Gia ada member, sampai kan aku kena jalan sorang2. :)

Da selesai kat situ, kami pulang ke rumah Gia. Aku mmg letih perabes tp still sempat borak-borak ngan Pakcik Nostan (Bapanya Gia). Most of topic yang kami borak adalah politik. Haha. Pas dinner je, aku gie mandi dan tertido coz letih sgt da. Tau-tau da kena kejut ngan Gia untuk sarapan pagi.

Be Continued..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan