Selasa, 15 Mac 2011

Gia 1st Day.

Alhamdulillah. Syukur kerana akhirnya tunang kesayangan, Gia berjaya m'dapat apa yang dia idamkan selama ini iaitu bekerja dengan kerajaan MALAYSIA dan walaupun hanya Gred N17, ianya adalah khabar gembira buat kami berdua. Dan semalam adalah hari pertama Gia memulakan pekerjaan barunya.

Mungkin ini la yang dikatakan rezeki bertunang kerana sebelum ini, da berapa kali dia pergi interview dan keputusan pasti mengecewakan nya. Dan ini bermakna, Gia pasti akan bekerja di Sabah sekurang-kurangnya 3 tahun lagi sebelum boleh memohon untuk bertukar ke Semenanjung. Itupun jika ada kekosongan pada jawatan dia di Semenanjung. Apapun, aku tetap bersyukur dan berdoa agar rezeki kami akan bertambah murah. Amin. :)

Me and Her. <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan