Selasa, 15 Mac 2011

Hari Yang Penat.

KEPENATAN. Itulah sahaja yang boleh aku katakan ttg keadaan aku sekarang. Mane x nye, aku dari smalam x cukup tido. Balik keje da pukul 8 pagi, pastu beli la sarapan kuey tiew dengan sambal sotong. Balik rumah lak terus goreng telur untuk melengkapkan sarapan pagi. Hehe.

Da settle makan dan bersihkan diri, apa lagi, mula la cari bantal. Tengah-tengah sedap melayan mimpi yang ntah pape, dalam 2 jam kot pas tido, perut aku mula la buat hal. Memulas-mulas cam usus perut kena pulas pun ada. Da selesai 'bertapa', mata lak x dpt nak tido balik. Jadi mula la layan PC dan PS3 sampai bosan. Ble petang lak family aku ajak lak ke Mid Valley. Sebab nak jumpa adik aku yang ada course kat Universiti Malaya (UM). Masa nak bergerak dalam kul 5.30 pm, tetiba hujan lebat. Sampai bleh banjir la kat jalan nak ke Lukut walaupun x sampai 30 minit hujan. Maybe ada kaitan dengan perubahan cuaca dan kejadian alam kebelakangan ini kerana sebelum hujan, cuaca mmg agak panas.

Dalam perjalanan, mata nie lelap la sekejap. Sedar-sedar da nak sampai ke Time Square. Aik? Tadi kata jumpa kat Mid Valley. Rupa-rupanya adik aku bg tau yg jalan nak ke hostel dia di Wisma Belia yg berdekatan dengan Mid Valley tengah jammed coz ada pokok tumbang kerana hujan lebat. Jadi kami pun lepak la kat Time Square dan sempat lak layan OLD TOWN White Coffee (Hazel Nuts). Hehe. Pastu dalam kul 0830 pm, adik aku bagitau yang dia xde transport nak ke LRT stesen. Aku pun cam hangin gak lak coz aku kena masuk keje kul 0000 am dan tetiba lak kena patah balik ke Mid Valley. Da geram kat dia aku sent la SMS :
"Kau ingat KL nie mcm seremban? Suka-suka suh kitaorang pergi sana sini?"
Pastu bleh plak dia ngadu kat ibu yang aku marah-marah dia. X pasal-pasal aku dpt bebelan free dari ibu. Siot kau Leen. Hehehe. :)

OLD TOWN White Coffee (Hazel Nuts) - Best!
Pas da pergi Wisma Belia dan pick up adik aku, kami terus ke Mid Valley untuk dinner. Sampai sana je perut aku kembali meragam. Bergegas aku ke toilet dan yang lawaknya, toilet kat Mid Valley xde salur getah. Yang ada jenis yang terus kuar air dari port lubang tandas tue. Aku nak try la nak on suis air tue dan tetiba air tue bleh terpancut dan terkena baju aku. Mayb aku pusing suis kuat sangat kot. Haha. Pastu aku ingat nak bagi kering baju kat heater toilet, tp heater tue lak jenis latest nye design. Xkan aku nak kena tanggalkan baju kot. Kalau badan tough xpe la jgk. Hehe. Da malas nak fikir-fikir, aku dengan selamba nye kuar dari toilet dengan baju separuh basah. Orang lain pandang je, aku jalan cepat-cepat ke food court dan terus duduk kat meja family aku. Dorang bantai gelak tgk baju aku yang kebasahan itu. Nak beli t-shirt baru lak cam m'bazir (padahal cuma ada RM30 je). Haha.

Pas da dinner, kami hantar adik aku balik ke hostel di Wisma Belia. Dalam 2230 pm baru la kami bergerak pulang ke Port Dickson. Aku da siap-siapkan baju keje dan safety boot dan safety helmet. Mana la tau kalau terlewat sampai, bleh terus dorang antar aku keje. Tp alhamdulillah, di sebabkan cuaca yang baik dan x banyak kete, kami selamat sampai Port Dickson pukul 2315. Bleh tahan jgk laju uncle bawa kete. Aku kat dalam kete da tertido-tido ayam. Sampai umah je terus aku bersiap-siap dan gerak ke office. Dan malam nie dengan mata koyak nye aku berkerja. :)

Bye-bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan