Selasa, 1 Januari 2013

18 Safar 1434H = 01 Jan 2013

LIMA RATUS EMPAT BELAS!!!

Ada apa dengannya? YA! Lima ratus empat belas hari telah berlalu tanpa sebarang update. Hahahaha. Punya la lama x datang sini. Sibuk dengan kehidupan seharian sehinggakan lupa akan blog usang lg hampa. Lagipun kebanyakan masa adalah di *TWITTER ngan *FACEBOOK. Oh ye, dan juga di *INSTAGRAM. *sila la lawati dan follow & friend me. :)

Maknanya sepanjang 2012 tiada sebarang post pun! Apa yang berlaku pada 2012? Jeng jeng jeng. Paling bermakna sekali apabila aku telah menjadi suami kepada Mardziah Nostan pada 06 Julai 2012. Pastu da jual skuter Yamaha Nouvo dan beli Kawasaki Ninja 250 SE. Hehe. Dan yang lain hanya la perkara rutin seharian yang normal. 

Kawasaki Ninja 250 SE

Me & Wifey
Last year pun ada beberapa tarikh yang menarik dan salah satu nya adalah 12.12.12. Dan tarikh 21.12.12 pulak adalah tarikh yang dikatakan adalah 'kiamat untuk bumi' oleh pihak barat/kafir yang menggunakan Kalendar puak Mayan. Agak kelakar jgk bila menonton National Discovery tentang rancangan 'Doomsday Preppers' yang mengisahkan beberapa keluarga bersiap sedia apabila tibanya KIAMAT. Ada yang prepared makanan yang bleh tahan berbulan-bulan, simpan senjata, training anak-anak dan isteri. Yang lg hardcore siap cari/bina tempat perlindungan seperti di bawah tanah dan gua. Apapun ternyata pengiraan mereka meleset sama sekali kerana bumi masih seperti biasa. Hanya Pencipta alam ini, ALLAH S.W.T. mengetahui akan berlakunya KIAMAT.

Doomsday Preppers

Sekarang pukul 0408, 01 Jan 2013 dan aku kena bekerja pada shift malam. Agak xde untung sebab keje banyak cam biasa dan shunting truck berlambak. Non-stop dari 0000-0330. Hari nie keje sampai 0800 pastu balik sarapan dan tido sampai tengah hari. :)

*bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan