Ahad, 6 Februari 2011

Kelaparan. =_="

Pergh! Perut aku da macam-macam bunyi da nie. Dari malam semalam x isi apa-apa dlm usus perut. Mmg kelaparan tahap jingga nie. Nape x makan? Sebab x sempat nak makan pape.

Malam tadi je balik keje da pukul 2400. Pastu sampai umah layan WOLVES vs MU jap. (Padan muka MU kalah. Haha). Pastu mata da layu dan tertido. Tau-tau da pukul 0730 lak. Da la kena tukar shift ngan member. Jadi kena masuk kul 0800. Disebabkan da terlewat bangun, langsung xsempat nak pegi ATM kuar duit ngan beli sarapan. Bajet bleh la tahan sampai petang. Rupanya x sempat ke tengah hari. Haha.

Dan sekarang aku ngan tabahnya menunggu kul 1600 untuk pulang. Mesti makan kaw-kaw punya nie. Haha. Dan nasib keje rilek-rilek je hari nie. Tue yang best ble keje hari ahad. Cuma cam pelik lak bagi org lain coz ahad waktu utk berehat-rehat di rumah ngan family. Tp nak wat camne, da keje nye shift. Kena la follow schedule.

Hari nie alhamdulillah semua nye berjalan dengan lancar walaupun sistem OMEGA agak pening-pening lalat. ;) Wokey la. Nak closing dulu. Mau pulang dan makan pastu tido dengan lena. ;)

Bye-bye.

Rabu, 2 Februari 2011

Room Service Please!

Bilik aku semakin da x jadi cam bilik. Almost 90% da macam stor atau cam kandang kucing beranak da. Since keje malam nie mmg malas sangat-sangat nak mengemas. Mane x nye, balik da kul 8pg dgn mata koyak x tido pastu sarapan jap n then terus tido. Bangun-bangun da nak petang. (Saja bagi alasan. Nak sedapkan hati sendiri):~)

Aritue da susun-susun skit. Tp bersepah balik. Langsung xde mood nak kemas da. Da kena bebel ngan Mem Besar baru la kelam dan kabut aku nak kemaskan. Haha.

Bukti A

Bukti B

Komik-komik aku yg buat cam bersepah. Parents aku da bebel da suh buang atau jual. Tp sorry Mem Besar, bertahun kumpul. Xkan dengan mudah nak jual. Haha. :)

This wik xde citer sgt cuma gasak OT masa Tahun Baru Cina. Kebetulan Tahun Baru Cina jatuh pada off day aku iaitu hari khamis dan jumaat. Apa lagi, gasak ar. Tanpa ada apa-apa bantahan sampaikan confused nak claim OT ngan Public camne. Da la gaji kena submit sendiri. Penat mmg penat sebab xde cuti tp berbaloi-baloi. ;)

Cuma start dari nex wik, aku da kena start balik jogging + push up + diet. Badan da naik cam anak badak air kot. Kadang-kadang wat keje skit da mengah. Belum campur nafas x cukup. Memang lemak + kolestrol da memenuhi setiap ruang-ruang dalam arteri. :(

Mau tido da. Nyte-nyte. ;)

Selasa, 1 Februari 2011

-1st year anniversery-

Diam x diam da setahun aku bersama Gia. Tp kalau nak diikutkan mmg dah nak masuk 6 tahun aku ngan dia. :) Macam2 da aku dan dia lalui. Couple, break, couple, break, couple, break sampai satu tahap dia betul2 da FED-UP ngan perangai aku dan dumped aku. Selepas dia pergi, baru aku terasa betapa bodohnya aku sehingga sanggup lepaskan dia.

Sepanjang ketiadaan dia di sisi, hidup aku cuma cam biasa2 je. Kerja, kerja dan kerja sahaja yg ada dlm fikiran aku. Pas dapat gaji enjoy shopping sakan. Xde simpanan sgt masa tue.
Ye la, xde komitmen katakan. hehe.

Kadang-kadang ble layan Myspace atau Facebook memember cam Aneph ngan Akhmil, honestly mmg aku rasa jeles ngan dengki kat dorang. Nape? Sebab dorang nie jenis yg kewl dan setia pada GF dorang. Even Aneph cam RoxStar pujaan malaya pun dalam hati ada taman dan pelangi. :) Akhmil lak mmg aku respect coz relationship dia ngan Nieta masih bertahan dari zaman kolej sampai la skang. Da bertunang pun Disember lepas dan akan berkahwin June 2011. Congrat bro!

Terdetik rasa kagum kat dorang coz dorang enjoy life nie ngan gadis yang mereka sayang tanpa ada rasa berbelah bahagi. :) Setelah lama hidup terasa kelam, pada tarikh yang sama tahun lepas, hidup aku kembali bersinar semula. Kenapa? Aku da dpt curi hati Gia semula. ;) Usaha bertahun2 utk dptkan Gia kembali terasa amat-amat berbaloi. ;') Setelah setahun bersama kembali, aku rasa aku amat bertuah dan gembira sekali.

Kepada Gia, "Within this 1 wonderfull year, i'm the luckiest guy in this entire world. Why? Because i had u in my life. U make me almost perfect."

Khamis, 20 Januari 2011

Apakah aku semakin pelupa?

Hey You. ;)
Aku rasa aku semakin jadi pelupa. Haha.
Kenapa aku kata begitu?
Sebab smalam dengan confident nye aku bleh ingat hari khamis dan hari nie jumaat. Hehe.
Aku rasa mayb kerana dalam minggu nie aku hari-hari bekerja.
Sampai pengaliran masa pun xingat. ;)
Besok off day. Yeay!
Walaupun cuma untuk sehari.
Tp besok pepagi da kena bangun. (Adoi!)
Kena teman kan bapak aku ke Hospital Serdang untuk follow up ttg jantung dia.
Untuk makluman, bapak aku kena serangan jantung pada Disember lepas.
Namun disebabkan aku malas nak drive, jadi kena la naik komuter kat Seremban.
Pastu bapak aku amik kat Serdang.
Mayb aku stay lama skit kat KL setelah selesai settlekan hal bapak aku.
Lagipun my parents ada dinner kat 1World Hotel kat OU (One Utama).
Alang2 dorang da ada kat sana, aku balik la skali ngan dorang pas dinner. :)
K la, nak wat closing jap.
Kang leka balik lambat lak.
Salam. ;)
Sambil layan Flyleaf - Tiny Heart.

Rabu, 19 Januari 2011

HTC HD 7 vs BB Torch 9800 vs Xperia 10

Salam.

2 minggu kebelakangan ini, tetiba terasa ingin ber'handphone' baru. Jadi, setiap hari aku search kat laman web seperti lelong.com.my, htc.com, ngan sonyericsson.com. Jadi sehingga hari ini konklusinya cuma ada 3 jenis handphone yang mendapat perhatian aku. Antaranya adalah seperti (yang best bagi aku la):-

Pro
  • Skrin yang besar iaitu 4.3" (Gedabak besar dan high resolution lak tue!)
  • Guna OS Windows® Phone 7. (Interface memang cun perabes!)
  • Recording lak bleh capai 720p HD. (Kalau sambung kat LCD TV memang best!)
  • Internal memory 8 GB @ 16 GB. (Xtau la apa yang nak letak dalam tue.)
  • Ada People Hub yang bermaksud dalam senarai contact, semua info tentang seseorang akan diletakan dalam satu nama termasuk alamat email, update status di Facebook® dan Windows Live®. (Simple dan senang nak tengok memember nye update.)
  • Dan yang paling best ada Kick Stand kat blakang HP. (Senang nak tgk movie dalam hp, xperlu nak tahan pakai buku or whatever)
Kontra
  • Kamera cuma 5MP sahaja. (Standard skang da 8.1MP ke atas)
  • Xde keyboard. (100% Touch Screen which not bad at all.)
Konklusi

Aku ada baca entry pasal HTC HD7 kat Blog Serius, penerangan ttg hp nie mmg lengkap. Tue yang buat aku cam jatuh hati je. Hehe.
Btw, Maxis pun ada wat promotion utk HTC HD7. 24 bulan @ RM1399 dan 12 bulan @ RM1699.

BlackBerry Torch 9800


Pro
  • Ada BlackBerry Messenger a.k.a BBM.(Kalau ramai member pakai BB mmg best)
  • Guna latest BlackBerry 6 OS. (Lebih tersusun)
  • All in One gadget (GPS, WiFi dan 3G semua ada)
  • Memory 8GB (bleh tambah ngan external memory 32GB)
  • Design yang menarik. (Boleh guna Touch Screen atau Slide-Out QWERTY)
Kontra
  • Skrin cuma 3.2". (Kecil je)
  • Kurang berminat dengan QWERTY cam BB. (Lebih suka kalau cam Nokia N97 @ C6)
  • Kamera cuma 5MP. ;(
Konklusi
BlackBerry Torch 9800 (bagi aku) sesuai untuk org yang gemarkan SMS, IM secara percuma kerana ada perkhidmatan BBM. ;)
DIGI ada wat offer ttg BlackBerry Torch 9800 ngan 24 bulan @ RM1499 dan 12 bulan @ RM1749. ;)


Xperia™ X10
Pro
  • Kamera 8.1MP dengan Face Recognition. (Superb!)
  • Skrin saiz 4". (Boleh tahan)
  • Nipis dan Elegen. (Stylo!)
  • OS guna Android platform - 2.1 (Ada Android market - Macam2 ada)
  • Ada application Timescape™ (Bleh tgk update memember dari Facebook™, Twitter™, emails, photos, text messages. Xperlu buka byk application)
  • Rakaman video sehingga 720p, 24 frames per saat. (Video mesti cun)
  • Ada GPS (Google Maps™ dan Wisepilot)
  • Memori dalaman sehingga 1GB (boleh tambah dengan microSD™ 16GB dan 32 GB)
Kontra
  • 100% Touch Screen gak.
  • OS Android (Maksud aku kena pandai guna jadi agak leceh jika mahukan hp yang simple but nice.)
Konklusi
Almost perfect bagi aku cuma OS Android yang m'jadi kerungsingan. ;(