Isnin, 14 Mac 2011

Badminton All-England Final 2011 : Congrat Dato Lee Chong Wei And Sorry To The Doubles.

KOO Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong membalas hantaran beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada perlawanan akhir All England di Birmingham, semalam. – AFP (Sumber dari Utusan Malaysia Online)
Malam td sebelum pegi keje sempat la melayan badminton All-England final acara beregu (double) antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (Malaysia) dan Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark). Mula-mula aku rasa cam bleh menang je coz bkn beregu dari China, jadi peluang tue mmg ada. 1st set mmg menang mudah dengan 21-15, manakala set 2nd set lak bleh kalah 21-18.

Jadi kena la main set penentuan, dan 3rd set nie betul-betul buat bukan setakat aku je naik hangin, tp peminat badminton Malaysia jgk. Mane x nye, da baik punya leading 16-11, bleh plak hilang fokus dan kalah dengan mata 21-18. Da la last year kalah, dan peluang yang ada untuk this year tercicir lagi. Jadi, kena la tunggu lagi tahun depan. dan bak tajuk di Utusan Malaysia Online - Penamat yang amat melukakan.

CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.(Sumber dari Berita Harian Online)

Dan final single lak start kul 1 pagi waktu tempatan. Di sebabkan aku bekerja malam dan xde tv nak tgk, tau-tau Dato Lee Chong Wei (Malaysia) berjaya mengalahkan Lin Dan (China) dengan straight set 21-17, 21-17. Aku pun xsangka jgk kerana Dato Lee Chong Wei kerap kali tewas dengan Lin Dan terutama di kejohanan-kejohanan utama dunia.

Lagipun Lin Dan nie jenis yang memilihan kejohanan. Kalau setakat Terbuka Malaysia dan yang sewaktu dengan nya, mmg Lin Dan x join atau menarik diri. Tapi kalau kejohanan besar-besar cam Piala Thomas atau Kejohanan Dunia, kte boleh tgk perbezaan camne Lin Dan main.

Apapun, congratulation for our badminton hero for defending the championship 2 years in the row, Dato Lee Chong Wei. MALAYSIA BOLEH!

Ahad, 13 Mac 2011

Arsenal kalah lagi. Damn!


Kalah lagi ke Arsene Wenger?
Bapa aku sent sms kul 0430 td inform yang Arsenal kalah (lagi?) dengan Manchester United untuk FA Cup Sixth Round. Gol-gol dijaringkan oleh Fabio dan Wayne Rooney. Dengan keputusan terbaru, Arsenal telah kehilangan peluang untuk m'dapat 3 piala.

Carling Cup Final : Birmingham City (2-1),
Champion League Round of 16, 2nd Leg : Barcelona (3-1/Agg : 4-3)
FA Cup Sixth Round : Manchester United (2-0)

Dan sekarang cuma tinggal 1 piala je lagi iaitu Premier League 2011. Itupun dengan keputusan sehingga hari nie Arsenal di tempat ke-2 di belakang Manchester United (60 mata) dengan 57 mata selepas 28 perlawanan. Masih kurang 1 perlawanan berbanding Manchester United. Tp dengan Cesc Fabregas, Wojciech Szczesny (GK) dan Johan Djourou yang mengalami kecederaan, Arsenal pasti akan m'hadapi kesukaran untuk menjulang piala Premier League. Apa pun, kte tunggu dan lihat. :) 

Sabtu, 12 Mac 2011

.1 year has passed.

.Arwah tok wan bersama suami pada Raya 2009.

Uit2. Baru pulang dari kenduri arwah tok wan. Sedar x sedar besok 13.03.2011 genap setahun arwah pergi. Masih merindui celoteh dan gelak tawa nya. Cucu mu xkan lupa akan segala pesanan dan nasihatmu.. Aku berdoa agar roh nya di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. :'(

EarthQuake & Tsunami Di Japan (11.03.2011)

Tergamam dan x terkata-kata ble lihat kejadian Tsunami di Japan yang bermula dengan Earth Quake dengan kekuatan 8.9 Skala Richter!! Orang kata kalau 10 Skala Richter, mmg bleh tenggelam Tokyo ngan bandar berhampiran. Walaupun sehingga sekarang tiada angka rasmi dikeluarkan m'genai jumlah mangsa keganasan Tsunami yang dikatakan m'cecah 10 meter @ 6 kaki, tp aku rasa 30,000 hingga 50,000 for sure kena sapu dek Tsunami. Namun aku rasa dengan kecanggihan teknologi yang di miliki oleh Japan, jumlah mangsa mayb x seramai cam yang berlaku di Acheh pada 26 December 2006. Tp walau secanggih mana pun, tetap x bleh lawan kuasa alam dan semua nie ada lah ketentuan ILAHI.

Menurut Berita Harian, Jepun berada dalam Lingkaran Api Pasifik manakala Tokyo terletak dalam satu daripada kawasan yang amat berbahaya. Bandar raya itu berada di antara persimpangan tiga pentas benua Eurasian, Pasifik dan Laut Filipina yang bertentangan antara satu sama lain, mewujudkan tekanan seismik paling besar. Gempa dikesan berlaku di Sendai, utara Japan dan membawa arus Tsunami setinggi 10 meter menuju ke daratan seperti di Sendai, Natori dan sebagai nya. Kesan kemusnahan boleh di lihat seperti dibawah dan sumber gambar di petik dari The Star Online (klik untuk lebih gambar) :

In this video image taken from Japan's NHK TV, a first wave from the tsunami heads to the coast in Miyagi Prefecture on the north east coast of Japan, Friday, March 11, 2011. (AP PHOTO/NHK TV) - 11 March, 2011


Waves of tsunami hit the coast in Natori, Miyagi prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011
Waves of tsumanis sweep the shores along Iwanuma in northern Japan on Friday March 11, 2011. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011

Tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. (AP Photo/Kyodo News) - 11 March, 2011

In this video image taken from Japan's NHK TV, a boat is caught in tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state), Friday March 11, 2011. (AP PHOTO/NHK TV) - 11 March, 2011

Infrastruktur rosak serta punah dan ekonomi Japan merosot pasti akan beri kesan sampingan pada pasaran dunia amnya dan Malaysia khususnya kerana Japan merupakan rakan dagang ke-3 terbesar untuk Malaysia. Harap harga minyak x naik pasnie. (walaupun aku baca harga minyak dunia da turun sekitar $100 setong.)

Apapun, aku bersyukur kerana keaadan di Malaysia masih terkawal walaupun Terengganu, Sabah dan Labuan terkena tempias Tsunami dengan kenaikan paras air dan laut bergelora. (Cemas gak coz tunang tersayang berada di Kota Kinabalu). Mari la kte sama-sama m'insafi diri kerana ternyata dengan apa yang berlaku sekarang ada la tanda-tanda di mana zaman ini semakin berada di akhir waktu. Amin. ;|

Jumaat, 11 Mac 2011

Part 11 - The Family Arrived. (25.02.2011)

Bangun-bangun je rasa malas nak mandi coz kat sana pepagi sgt sejuk. Jd mmg terasa kemalasan. Haha. Pas kena paksa mandi, kami pun bersarapan pagi dan sambil tunggu nak gerak ke KKIA 2 untuk m'jemput 1st trip yang sampai ke Kota Kinabalu (KK), kami lepak-lepak sambil mengemas apa yang patut.

Rombongan Puan Khatijah dan family yang seramai 10 orang ke KK terbahagi kepada 3 trip dengan Air Asia, iaitu Flight AK5104 (1110 - 1340), AK5106 (1250 - 1520) dan AK5112 (1845 - 2115). Total tiket untuk semua dalam RM1,8++ kalau xsilap. Agak murah coz aku booking since November 2010.

1st trip yang sampai adalah Ibu tersayang dengan Maklang. Aku, Gia ngan Fara terus pick up mereka kat KKIA 2 dan terus check in hotel. Kami rehat kat sana sementara tunggu 2nd trip sampai. Gia ngan Fara tinggal bersama ibu ngan mak lang coz ada 4 orang untuk 2nd trip yang terdiri dari Uncle Kasdi, Abah, Mak ngan Atuk. Jadi disebabkan hanya bawak kete iswara, dorang berdua kena la tinggal kejap. Pas 2nd trip da settle bawak ke hotel, aku dgn Gia dan Fara terus ke pasar untuk beli lauk dinner di rumah Gia.

Selesai je kat pasar, kami pulang ke rumah Gia untuk hantar mereka berdua manakala aku balik semula ke hotel. Pas mandi dan rehat, dalam kul 9mlm kot, bapa pakcik Gia datang untuk bawak family aku ke rumah mereka untuk dinner sementara aku ke KKIA 2 untuk m'jemput 3rd trip iaitu Adik, Angah dan Kak De. Pas da amik dorang, aku ingat nak balik ke hotel untuk bagi adik ngan kazen-kazen aku mandi dulu. Alih-alih dorang malas nak balik dan kami terus ke rumah Gia. Sampai-sampai je kat umah dia, baru aku perasan yang aku pakai seluar jeans yang paras lutut je. Adoi, punya la segan aku kat umah dorang. Haha.

Da selesai dinner ngan perbincangan sedikit antara 2 family, kami pulang semula ke hotel. Malam tue lak, geng-geng bujang yang terdiri dari aku, adik, angah, kak de ngan atuk pergi la jalan-jalan kat sekitar KK. Pusing-pusing sampai ke UMS dan 1Borneo pastu patah balik ke KK. Dalam perjalanan pulang, bleh pulak tayar bocor. Nasib xbanyak kereta dan sempat ke bahu jalan. Masa tukar tayar tue, sempat lagi adik ngan kak de jadi photographer tanpa gaji. Dan antara adegan-adegan tukar tayar seperti di bawah. :)

Atuk bersama Kak De. ;)

Mekanik upahan. ;)



Pose untuk majalah maskulin konon-konon. Kuikui


Gebu nye perut. Haha

ketat!
Penyebab utama.


Setelah selesai menukar tayar, kami ke restoran mamak yang berhampiran kerana kami KELAPARAN! Haha. C'mon pyan, baru tukar tayar sebijik je kot. Dan begini la aksi-aksi yang sempat dirakam kan ketika di restoran tersebut. ;)

Nyummy!

Megi goreng panas!

Keasyikan. ;)

Masing-masing mata da layu. ;)
.Angah.

.Adik n Kak De.

.Atuk.

To Be Continued..